Tips Tubuh Kekal Cergas Bertenaga Sepanjang Hari

Menjadi seorang ibu yang bekerjaya tidak mudah dalam menguruskan hal rumah tangga seperti menjaga anak-anak, memasak, mengemas rumah dan lain-lain lagi kerja rumah yang si ibu perlu buat setiap hari. Jadi, sebagai seorang ibu mereka sangat memerlukan tenaga dan rehat yang cukup dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu mahupun seorang pekerja. 

Untuk entry kali ini, Tiqah nak kongsikan Tips Agar Tubuh Kekal Bertenaga Sepanjang Hari. Moga bermanfaat buat ibu-ibu di luar sana mahupun ayah yang juga penat mencari rezeki buat ahli keluarganya.

1. JANGAN TINGGAL SARAPAN PAGI

Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang selalu 'skip' sarapan pagi disebabkan sibuk mengejar masa untuk hantar anak-anak ke sekolah dan bergegas hendak ke tempat kerja. Jadi, mereka berasa tidak penting untuk bersarapan pagi. Ada sesetengah mereka mengatakan sudah biasa tidak makan pagi atau berasa tak boleh nak makan pagi. Jadi, mereka 'combine' kan sarapan mereka sekali dengan waktu makan tengahari.

Perkara ini sangatlah tidak digalakkan kerana ia boleh menjurus kepada masalah kesihatan seperti gastrik. Apabila badan anda diserang penyakit gastrik, hal ini akan memburukkan lagi kesihatan anda yang mana boleh menjejaskan aktiviti harian anda.


JADI, AMBIKLAH SARAPAN WALAUPUN HANYA SEKEPING ROTI & SUSU


Sarapan sangat penting untuk bekalkan sumber tenaga kepada badan kita. Ia merupakan persediaan buat badan kita untuk memulakan hari yang penuh mencabar dan berliku.

Menurut pembacaan saya melalui website neuroversiti, makanan yang diambil tu akan jadi bahan bakar untuk badan. Apabila kita makan, ia akan memberi isyarat buat badan kita untuk bakar kalori daripada badan yang kita ambil tu. Ia macam nie, tubuh akan mendapat Isyarat yang dia perlu bakar kalori pada hari tersebut apabila tubuh badan kita menerima makanan pada masa itu. Sekiranya kita tidak makan, badan kita akan terima mesej :

Yang ia perlu ‘simpan’ kalori berbanding ‘bakar’ kalori yang akan diambil selepas tu.

Makanan dapat membekalkan tenaga buat kita supaya tak mudah letih ketika bekerja. Kajian menunjukkan sarapan dapat membantu kita untuk kuruskan badan kerana ia membantu dalam pembakaran kalori harian kita.

Sekiranya korang tidak sempat bersarapan, saya cadangkan korang untuk mengambil 'protein shake' dari Shaklee yang lengkap dengan keperluan protein harian kita. Ia juga mengandungi Vitamin dan Mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Lagi seronok, ia membantu untuk kita kawal 'craving' makan kita. Jadi, automatik boleh kawal diet harian dan berat badan pon boleh turun dan terkawal.

Berikut merupakan perbandingan protein shake dari Shaklee mengikut kriteria berikut:










2. DAPATKAN TIDUR & REHAT YANG MENCUKUPI


Tidur awal setiap malam untuk dapatkan rehat yang cukup

Keratan dari website Neouroversiti

Tidur yang cukup sangat penting untuk tubuh badan kita kekal bertenaga sepanjang hari. Jangan sabotaj diri sendiri untuk tidak cukup tidur setiap hari! Tidur yang cukup akan mengurangkan beban kepada jantung kita. Jangan pernah culas untuk cukupkan jam tidur anda. Sekurang-kurangnya kita perlu tidur selama 6 jam sehari seperti moto di bawah.

TIDUR UNTUK KESEMBUHAN 

Tidur yang cukup dapat mengurangkan masalah kesihatan seperti berikut:
  1. Serangan jantung
  2. Kencing manis
  3. Darah tinggi
  4. Serangan strok
  5. Susah nak fokus
  6. Kemurungan
  7. Kegelisahan
Pentingnya dapatkan tidur bukan sahaja cukup tapi juga berkualiti.

Sekiranya tidur kita tidak cukup seperti yang disarankan atau tidur secara berlebihan, ia mungkin akan memberi peluang yang tinggi untuk kita mendapat risiko penyakit ‘hiperlipidemia’.

Hiperlipidemia iaitu keadaan di mana, kadar kolesterol dalam darah ni berada dalam keadaan tinggi.


Disebabkan itu terdapat kes yang mana rebah secara tiba-tiba apabila mendapat serangan itu. Sekiranya, anda seorang yang susah hendak tidur, saya cadangkan korang untuk mengambil vitamin tambahan yang mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu memberikan kesan yang terbaik untuk korang dapat tidur lena tau erti kata lain 'deep sleep'. Macam saya, saya akan ambil 3 biji Pil Kalsium atau nama lain OsteNutrix Shaklee untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

Berikut Tiqah kongsikan vitamin yang Tiqah cakapkan tadi:

Sebelum nie, Pil Kalsium ini dikenali sebagai OsteMtrix, Sekarang sudah diberi nama OsteNutrix



Antara kandungan Vitamin & Mineral dalam OsteNutrix


Antara Manfaat & Kelebihan OsteNutrix Shaklee yang lain


3. LUANGKAN MASA UNTUK BERSENAM.


Aktifkan diri anda dengan bersenam sekurang-kurang seminggu sekali selama 20-30 minit. Bersenam sangat bagus untuk otot jantung dan paru-paru kita. Dari bersenam jugak kita dapat mengukur tahap stamina atau erti lain kekuatan / tahap tenaga di dalam tubuh badan kita. Jom bersenam!!

Semoga bermanfaat buat ibu-ibu untuk entry saya pada kali ini. 


Sekian, terima kasih.



Yang Ikhlas,

Your Trusted Distributor
Nur Atiqah Ahmad Fisal 

ID No: 1357327



 



 

Comments