Virus HMPV sudah sampai ke Malaysia! Apa kita kena buat?

Negara China sekali lagi berdepan ancaman kesihatan apabila virus metapneumovirus (hMPV) mula menular, menyerang sistem pernafasan hingga menyebabkan pihak berkuasa kesihatan mengeluarkan amaran agar masyarakat lebih berhati-hati dengan kebersihan diri.

Hal ini menimbulkan kebimbangan ramai pihak. Adakah situasi COVID-19 yang kita hadapi pada tahun 2020 yang lalu akan berulang pada tahun ini?? Untuk pengetahuan korang, virus ini semakin meningkat sejak pertengahan Disember dan dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada peningkatan kes jangkitan pernafasan selain influenza.

Jadi, anda perlulah mengetahui serba sedikit berkaitan virus baru ini. Entry kali ini, saya akan kongsikan tentang tanda-tanda yang pesakit bakal alami sekiranya dijangkiti virus bahaya ini beserta beberapa fakta mengenai virus hMPV ini.


Antara tanda jangkitan awal hMPV

Mengikut Sumber Berita Harian, pesakit akan sering mengalami gejala seperti batuk, demam, hidung tersumbat, dan nafas berbunyi. Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan ini boleh menyebabkan bronkitis atau radang paru-paru, terutama dalam kalangan bayi, warga emas dan sesiapa yang mempunyai sistem imun yang lemah.


Virus tersebut menular melalui titisan atau aerosol disebabkan batuk atau bersin dan kontak rapat atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.


Selain itu, golongan yang menghidap asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau emfisema iaitu keadaan pundi udara dalam paru-paru mengembang sehingga individu sukar untuk bernafas adalah yang paling berisiko tinggi.

“Tempoh inkubasi adalah dari tiga hingga lima hari,” jelas CDC China lagi.


Tiada lagi vaksin untuk virus hMPV



Walau bagaimanapun, pakar telah memberi amaran tentang penggunaan ubat antiviral secara sembarangan. Menurut seorang pakar pernafasan di hospital Shanghai, sehingga kini masih tiada lagi vaksin atau rawatan antiviral khusus untuk virus hMPV. Oleh itu, rawatan yang diberikan hanya bertujuan untuk mengurangkan simptom.

Kesihatan perlu diberi keutamaan dalam situasi wabak seperti ini. Pastikan korang mengamalkan langkah penjagaan diri seperti mencuci tangan, memakai pelitup muka dan tidak berada di tempat sesak seperti mana Kementerian Kesihatan Malaysia sarankan semasa kita menghadapi wabak COVID-19 yang lalu.


Fakta Mengenai hMPV:

 1. Bukan Virus Baru:

hMPV telah dikenal pasti sejak tahun 2001 dan bukanlah virus baru. Kebanyakan individu telah terdedah kepada virus ini sejak kecil.


 2. hMPV adalah penyakit yang tidak perlu di notifikasi dan dilaporkan 

Penularannya berlaku melalui kontak rapat dan titisan pernafasan, serta biasanya berlaku secara bermusim di hujung tahun. 


 3. Kebanyakan Kes Adalah Ringan:

Bagi individu sihat, gejala hMPV biasanya ringan, seperti selesema biasa.


 4. Langkah Pencegahan Sedia Ada:

 • Cuci tangan dengan sabun dan air.

 • Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.

Fokuskan pada menjaga kesihatan diri dan keluarga. Sekiranya mengalami gejala pernafasan, dapatkan rawatan awal, terutamanya bagi kanak-kanak kecil dan warga emas.


Jadi, jom sama-sama jaga diri:

✅ Pakai mask kalau keluar.

✅ Basuh tangan selalu.

✅ Elakkan jumpa ramai orang kalau tak perlu.

Kesihatan kita sangatlah mahal. Prevention Better Than Cure

Selepas Covid-19, muncul wabak baru hMPV yang juga bermula di China😭😭


Sekian sahaja untuk perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat✌😊


Yang Ikhlas,

Your Trusted Distributor
Nur Atiqah Ahmad Fisal 
ID No: 1357327






Comments