Manfaat Antioksidan Untuk Kulit

Kulit kita mempunyai pelbagai fungsi. Malah, ada banyak fakta tentang kulit wajah yang mungkin kita tidak tahu. Setiap inci kulit wajah kita mempunyai 19 juta sel, 650 kelenjar peluh, 20 saluran darah dan 1,000 saraf. Ajaib bukan!

Kulit juga merupakan organ yang paling besar. Hampir semua orang mempunyai kira-kira 2 meter persegi kulit pada badan masing-masing.

Bukan itu sahaja, 15% daripada berat badan kita sebenarnya terdiri daripada kulit!

Selain itu, ia merupakan pelindung utama kita daripada jangkitan bakteria atau anasir luar lain yang boleh membawa bahaya kepada sistem imun kita.

Sebab itulah, kita perlu menjaga kesihatan kulit untuk pastikan badan sentiasa sihat.

Semua orang kini mengambil berat tentang penjagaan kulit. Namun, sejauh mana sebenarnya anda tahu mengenai organ badan yang terbesar ini? 

Dalam entry kali ini, Tiqah akan kongsikan tentang fakta berkaitan kulit yang mungkin anda tidak tahu berdasarkan pembacaan saya dari laman web hellodoktor


5 Fakta Tentang Kulit Wajah

Siapa sangka ada banyak informasi mengenai kulit yang kita tidak ketahui. Sama seperti organ lain, kulit juga perlu dijaga dengan rapi, barulah ia nampak cantik dan berseri!

Nak tahu fakta tentang kulit wajah yang lain daripada yang lain? Jom, ikuti perkongsian kami dalam artikel di bawah!


1. Anda stres? Kulit anda juga mungkin akan terkesan!


Adakah anda stres? Kajian menunjukkan tekanan perasaan boleh menyebabkan reaksi negatif pada kulit.

Malah, ia boleh menyebabkan penyakit tertentu seperti psoriasis, ekzema, jerawat dan keguguran rambut menjadi semakin teruk.

Walau bagaimanapun, kulit juga boleh membuatkan anda stres! 

Walaupun kedengaran luar biasa, kulit kita sebenarnya mempunyai mekanisme yang tersendiri yang dapat menghasilkan signal tertentu yang menyebabkan stres.

Sebagai contoh, kulit kita akan menghasilkan hormon stres jika terdedah kepada sinaran ultraungu dan suhu yang tinggi. 

Sebab itulah, kita mudah rasa tertekan jika cuaca panas!


2. Kita akan ‘SALIN KULIT’ sekali setiap 28 hari!



Siapa sangka manusia juga akan salin kulit seperti ular! Malah, setiap minit, hampir 30,000 hingga 40,000 sel mati pada kulit kita akan luruh. Ini merupakan salah satu fakta tentang kulit wajah yang mungkin ramai tidak tahu.

Sebenarnya, lapisan kulit yang paling luar dan nipis, juga dikenali sebagai epidermis, akan bertukar setiap 28 hari. 

Menurut American Skin Association, sel-sel kulit ini mengambil masa sebulan untuk luruh.

Untuk pastikan kulit nampak sihat dan cantik, kita boleh memastikan proses ini berjalan lancar dengan melakukan exfoliation. Apa itu exfoliation? Anda boleh baca selebihnya di sini.

Kita digalakkan melakukan exfoliation sekurang-kurangnya seminggu sekali. Anda tidak perlukan produk yang mahal-mahal. Cukup sekadar mencari pencuci muka yang mengandungi asid salisilik, asid glikolik, AHA atau BHA.

Semua jenis asid ini dapat bertindak secara lembut pada kulit. Selain itu, elakkan membeli skrub fizikal yang terlalu kasar pada muka. 

Skrub ini tidak akan membuatkan wajah anda makin mulus. Malah, ia akan membuatkan wajah anda terluka dan mungkin menyebabkan jerawat menjadi semakin teruk!

Anda boleh cuba skrub dari Pomifera (Eksklusif hanya di Shaklee) yang diberi nama STIMULATE untuk exfolate muka anda setiap minggu.

Manfaat Stimulate as Exfoliant Cleanser

3. Kulit sebenarnya membantu mengawal suhu badan!

Kulit kita bukan sahaja menjadi pelindung utama badan daripada anasir luar, ia juga membantu mengawal suhu badan melalui proses termoregulasi.

Tahukah anda mengapa kita berpeluh? Sebenarnya, ia merupakan satu cara kita menyejukkan diri. Kulit kita mempunyai jutaan kelenjar peluh yang tidak nampak dek mata kasar.

Malah, salur darah pada permukaan kulit juga memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan. Ia akan mengembang untuk memastikan badan sejuk dan mengecut untuk pastikan badan kekal hangat.

4. Mahukan kulit yang lebih cantik? Tambahkan sayur dalam diet!

Ambil makanan yang berkhasiat dapat buatkan kulit lebih cantik? Betul! Ini merupakan salah satu fakta tentang kulit wajah yang ramai ambil ringan.

Kajian menunjukkan, pengambilan sayur-sayuran boleh membuatkan kulit nampak lebih sihat dan anjal.

Oleh sebab itu, jangan sesekali mengelak makan sayur. Lebih baik jika anda boleh pelbagaikan warna sayur yang diambil setiap hari.

Makan lebih banyak sayur yang mengandungi karotenoid seperti lobak merah, oren dan tomato. Sayuran ini mempunyai banyak vitamin dan mineral yang boleh membuatkan kulit wajah tampak berseri dan cantik.

5. Kulit Berubah? Ia mungkin tanda kita berpenyakit


Bukan stres sahaja yang boleh menyebabkan perubahan pada kulit. Banyak lagi kondisi serta penyakit lain yang boleh menyebabkan kulit kita alami perubahan.

Sebagai contoh, kulit kita akan alami gatal-gatal, naik ruam atau membengkak disebabkan alahan.

Malah, kulit yang berjerawat juga boleh menandakan wujudnya masalah hormon yang mungkin menjadi tanda kehamilan, perimenopaus atau menopaus.

Bukan itu sahaja, masalah jerawat yang serius juga merupakan simptom penyakit hormon seperti PCOS!


Anda terkejut dengan fakta tentang kulit wajah yang telah saya  kongsikan di atas? Siapa sangka manusia juga ‘menyalin kulit’ sebulan sekali, kan!

Namun, jangan lupa. Jika anda mengalami sebarang masalah dengan kulit anda, jangan malu untuk berjumpa ahli dermatologi. Mereka dapat melakukan diagnosis yang bertepatan dan memberikan rawatan yang sesuai dengan kondisi anda.

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat!


Anda pernah dengar tentang ANTIOKSIDAN?

Ramai yang menyebut mengenai antioksidan, tetapi tidak ramai yang tahu apa itu antioksidan dan kesannya yang sebenar pada kulit. Berikut saya kongsikan tentang apa itu antioksidan dan  antara kebaikan bahan antioksidan jika anda gunakan pada kulit anda.

Apa itu antioksidan?


Ramai yang mungkin keliru apa itu antioksidan yang sebenar. Antioksidan merupakan sejenis molekul yang berfungsi melawan radikal bebas dalam badan anda.

Radikal bebas pula ialah sebatian yang boleh menyebabkan kemudaratan jika parasnya menjadi terlalu tinggi dalam tubuh badan.

Radikal bebas biasa dikaitkan dengan pelbagai penyakit, termasuklah diabetes, penyakit jantung dan juga kanser.

Untuk pengetahuan anda, tubuh badan manusia mempunyai pertahanan antioksidannya yang tersendiri bagi mengawal radikal bebas.

Namun, ia juga boleh diperoleh daripada sumber makanan harian, terutamanya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Beberapa jenis vitamin seperti vitamin E dan C, ialah antioksidan yang sangat berkesan dalam melawan radikal bebas.

Antioksidan digunakan secara meluas dalam produk penjagaan kulit.

Ia digunakan secara topikal untuk memperbaiki banyak masalah kulit dan mempunyai kesan antipenuaan dan kualiti perlindungan kulit yang baik.

Anda dah tahu apa itu antioksidan? Jom tengok tentang kebaikannya pula!


Kebaikan bahan antioksidan dalam produk penjagaan kulit

Kebanyakan produk penjagaan kulit menggabungkan antioksidan ke dalam formulasi mereka untuk memberikan manfaat antioksidan terus kepada kulit.

Berikut merupakan manfaat antioksidan:


1. Perlindungan terhadap kerosakan UV

Kerosakan yang berpunca daripada cahaya matahari adalah antara faktor penuaan kulit yang terbesar.

Namun anda tidak perlu risau kerana antara kebaikan bahan antioksidan adalah melindungi kulit daripada sinar ultraungu matahari (UV).

Antioksidan boleh membantu memberikan kesan perlindungan terhadap kerosakan UV apabila digunakan bersama dengan pelindung matahari atau sunscreen.


2. Mengurangkan keradangan pada kulit

Radikal bebas sememangnya boleh menyebabkan keradangan pada kulit tanpa anda sedari.

Penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi kandungan antioksidan boleh membantu mengurangkan keradangan selain mempunyai kesan yang menenangkan pada kulit.


3. Bahan antioksidan boleh memperlahankan penuaan pramatang

Antioksidan topikal boleh menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan melindungi daripada penuaan disebabkan faktor luaran.

Contohnya, penuaan pramatang yang disebabkan oleh pendedahan matahari yang kronik, merokok, pencemaran dan pelbagai faktor lain.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana antioksidan boleh membantu memperlahankan proses ini.


Baguskan ANTIOKSIDAN ini??


Mana nak dapat produk yang mengandungi kandungan ANTIOKSIDAN ini???


Jom baca lagi di bawah:




Korang boleh dapat kandungan ANTIOKSIDAN yang cukup daripada pengambilan VIVIX / RES-V Shaklee ini.

VIVIX merupakan Minuman Botani yang dihasilkan oleh Shaklee manakala   RES-V merupakan campuran proprietari, bahan ramuan botani semulajadi yang dipilih dengan teliti yang mana dihasilkan dalam bentuk softgel.


Berikut merupakan perbezaan antara VIVIX & RES-V dari segi kandungan bahan dan kelebihan masing-masing dalam memberikan kesihatan yang menyeluruh buat anda 😍





Sekian sahaja perkongsian Tiqah untuk kali ini. Diharap korang mendapat manfaat dan pengetahuan baru berkaitan kulit.

Berminat untuk cuba Vivix / ResV Shaklee, boleh terus WhatsApp Tiqah ya :)


Bye korang!! Sehingga berjumpa entry seterusnya.


Thanks korang ;)


Yang Ikhlas,

Your Trusted Distributor
Nur Atiqah Ahmad Fisal 

ID No: 1357327







Comments