Manfaat Folic Acid Untuk Ibu Hamil & Wanita Belum Berkahwin

Apakah itu Folic Acid?

Acid folic ataupun folik acid merupakan salah satu komponen vitamin B9 (folate) yang digunakan oleh tubuh badan, untuk penghasilan sel-sel baharu. Acid folic ini tidak terhasil secara semula jadi dan kebanyakan disediakan dalam bentuk supplement serta diperkaya dalam makanan. Contohnya: roti, bijirin pasta dan juga nasi.

Jadi, apa kebaikan folic acid terutamanya untuk ibu mengandung? Folic acid ini penting dalam penghasilan sel darah merah, dan juga sel-sel lain dalam tubuh badan seperti kuku, rambut, kulit, saraf dan juga otak.


Jangan Ambil Vitamin B !! Nanti gemuk!

Folic Acid atau nama lain iaitu Vitamin B9 merupakan vitamin mudah larut dalam air yang mana terdapat dalam sayuran hijau pekat, seperti brokoli, sayur bayam, kangkung dan kurma. Jadi, dia takkan membuatkan badan anda gemuk. Vitamin B9 memainkan peranan yang besar dalam menjaga kesihatan tubuh serta memastikan fungsi badan berjalan dengan lancar serta proses pembentukan sel dan DNA.

Selain itu vitamin B9 juga berfungsi untuk menyokong pembentukan awal janin terutamanya untuk mencegah berlakunya kecacatan tabii pada bayi. 


Bila perlu ambil Folic Acid?

Folic acid sebaiknya diambil seawal 3 bulan sebelum cubaan mengandung atau erti kata lain kepada wanita di luar sana yang bercadang hendak berkahwin sebaik sahaja melangsungkan perkahwinan mereka. Bagi yang hendak mencuba untuk sudah hamil, ibu-ibu digalakkan mengambil folic acid ini sehingga 12 minggu pertama iaitu pada Trimister Pertama iaitu seawal kandungan 1 bulan sehingga 3 bulan.


Jadi para ibu tahu tak apa itu folic acid ? Penting ke folic acid? Kenapa kena ambil folic acid ? 🤷🏻‍♀️🤔


💊 Folic acid digunakan untuk mencegah dan merawat paras darah rendah folat (kekurangan folat) dan paras darah tinggi homocysteine (hyperhomocysteinemia).

🤰🏻Orang yang hamil atau mungkin hamil mengambil folic acid untuk mengelakkan kecacatan kelahiran yang serius seperti spina bifida.

🧠Folic acid juga digunakan untuk banyak keadaan lain termasuk kemurungan, strok, penurunan daya ingatan dan kemahiran berfikir, dan banyak lagi.

Hanya dengan consume folic acid, para ibu dapat cegah penyakit yang tak diingini pada bayi anda.👶🏻👼🏻


Ambil Folic Acid untuk tumbesaran normal bayi anda! 


PENTINGNYA PENGAMBILAN FOLIC ASID

Folic Asid juga dikenali sebagai vitamin B9. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, yis & ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti & bijirin sarapan diperkuat dengan Folic Acid.

Folic Asid sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Oleh itu ia sangat penting diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim juga mungkin akan terjejas.

Folic Acid sangat sinonim dengan ibu yang sudah hamil kerana mereka hanya mengetahui kewujudan Folic Acid ini selepas disahkan hamil. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu bahawa Folic Acid ini perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu petumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna. 

Supplement Folic Acid ini sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil.


KENAPA FOLIC ACID DIPERLUKAN ?

Folic Acid menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spinal bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk/berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil Folic Acid setiap hari terutamanya di awal kehamilan.


7 Manfaat Asid Folik Untuk Wanita Yang Belum Berkahwin

1. Menggalakkan Kesihatan Reproduktif

Folic Acid membantu dalam penghasilan DNA dan RNA, yang penting dalam proses pembiakan sel. Ini penting untuk kesihatan sistem reproduktif wanita.

2. Mengurangkan Risiko Kerosakan Sel

Folic Acid bertindak sebagai penawar oksidatif, membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan toksin.

3. Meningkatkan Fungsi Saraf

Vitamin B9 ini juga membantu penghasilan neurotransmiter, yang berperanan penting dalam fungsi saraf yang baik. Ini dapat mengurangkan risiko tekanan mental dan masalah kesihatan saraf.

4. Kesihatan Kulit dan Rambut

Folic Acid membantu dalam penghasilan kolagen, yang penting untuk kulit dan rambut. Kesannya jika rajin mengambil setiap hari dapat membantu mencantikkan kulit dan rambut yang sihat.

5. Mengurangkan Risiko Anemia

Folic Acid juga membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat, sekaligus dapat mengurangkan risiko anemia, terutamanya semasa haid.

6. Kesihatan Jantung

Asid folik dapat membantu mengurangkan tahap homosistein dalam darah, yang berkaitan dengan penyakit jantung. Ini menjadikannya nutrien penting untuk kesihatan jantung wanita.

7. Kesihatan Mental

Mengambil Folic Acid dapat membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kegelisahan.


Jadi para wanita yang belum berkahwin & yang sudah hamil sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan folic acid. Untuk mendapatkan asid folik yang cukup setiap hari, rajin makan makanan yang tinggi kandungan asid folik.


Sekiranya bimbang tidak mendapat Folic Acid yang cukup, anda boleh mencari suplemen folic acid di farmasi berdekatan dengan anda untuk dapatkan keperluan Folic Acid yang cukup.

Saya sendiri mengamalkan suplemen Folic Acid dari Shaklee👇👇


Untuk wanita yang mencari suplemen folic acid, anda boleh cuba B-Complex Shaklee yang lengkap dengan asid folik. Boleh ambil sebiji setiap hari. Bukan hanya ada asid folik, tapi lengkap dengan semua jenis vitamin B iaitu vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B12. 

Kebaikan Vitamin B Kompleks bagi setiap jenis vitamin

9 Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee:

Menukar makanan kepada tenaga – Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Membantu tumbesaran – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Rambut beruban dan gugur – Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

Baik untuk mata – Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, menguatkan memori dan daya pemerhatian dan focus.

Mencegah anemia – Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

Meredakan senggugut – Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormone dan ubat tahan sakit.

Detoksifikasi – Meredakan alahan.


Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee

Para saintis Shaklee telah mencipta Folic Acid secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana folic acid yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% folic acid yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan folic acid. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.


Kesimpulannya di sini, pengambilan folid acid yang cukup sebelum dan semasa kehamilan akan membantu melindungi bayi anda daripada pelbagai masalah kesihatan seperti, bibir sumbing, kelahiran bayi pra-matang, bayi kurang berat, risiko keguguran serta dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital otak atau tulang belakang termasuklah neural tube defect seperti spina bifida dan anencephaly.


Itu sahaja perkongsian Tiqah pada kali ini. Semoga bermanfaat😍


Yang Ikhlas,

Your Trusted Distributor

Nur Atiqah Ahmad Fisal 

ID No: 1357327



Comments