Petua Kurus dalam Masa 7 hari

Nak cepat kurus?? Anda boleh cuba tips yang saya kongsikan ini untuk dapatkan berat ideal anda sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri yang tidak lama lagi.

Sebelum nak mula projek kurus anda ukur lah berat badan anda terlebih dahulu. Selain itu, ukur juga lengan, perut anda untuk melihat perbezaan ukuran selepas anda amalkan tips yang saya akan kongsikan nanti. Paling penting ambik gambar badan anda dari sisi kiri dan kanan serta depan dan belakang untuk rujukan anda nanti.

Ok, kita teruskan dengan Petua Kurus dalam Masa 7 hari berdasarkan pembacaan saya di website hellodoktor.


1. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein dalam diet harian anda

Cadangan Pinggan Sihat Malaysia

Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tip kuruskan badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari seperti berikut:

Contoh hidangan lebihkan protein semasa makan. Tapi ini tak cukup nutrisi sebab tak ada sayur/buah-buahan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Rujuk : Cadangan Pinggan Sihat Malaysia)


Cadangan Kedua untuk Hidangan Makanan Lebihkan Protein

Kajian juga telah membuktikan bahawa pelan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang.

Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh.

Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut. 

Boleh rujuk contoh sumber protein tanpa lemak di website dream.co.id untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh mencari protein shake yang sihat seperti dari jenama Shaklee untuk memberikan anda rasa kenyang lebih lama:

Life Cinch Shaklee ada dua perisa iaitu Coklat & Latte


ESP Shaklee berperisa Vanilla


2. Elakkan makan Fast Food, Tapi Ambik Real Food

Maksud real food di sini ialah makanan yang tidak diproses.

Real Food atau Makanan Sebenar boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan tinggi kalori.



3. Kurangkan Pengambilan Kalori Harian



Kaedah Ukur Berat dengan TEPAT menurut website HelloDoktor

Antara salah satu cara kurus dengan cepat yang paling berkesan adalah dengan langkah mengurangkan pengambilan kalori harian.

Semakin berkurang kalori yang diambil setiap hari, maka semakin mudahlah berat anda untuk menurun.

Berikut adalah antara petua kurus melalui pengiraan pengambilan kalori harian:

           Kira pengambilan kalori: Untuk memudahkan pengiraan kalori harian, muat turun sebarang               aplikasi pengiraan kalori di telefon pintar anda. Dengan cara ini, anda akan dapat mengira                       pengambilan kalori selain jumlah nutrien daripada makanan yang anda makan

           Elakkan pengambilan snek: Pengambilan snek antara waktu makan hanya akan meningkatkan            jumlah kalori harian tanpa anda sedari. Oleh itu, kurangkan atau elakkan sebarang pengambilan               snek antara waktu makan. Jangan sesekali makan selepas anda menikmati makan malam anda 

           Kurangkan sebarang sos: Salah satu cara mudah lain untuk mengurangkan kalori adalah                       dengan mengurangkan pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan juga               kicap

           Banyakkan makan sayur: Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan            karbohidrat dan makanan berkanji

           Elak minuman manis: Cuba banyakkan pengambilan air kosong dan kurangkan pengambilan               minuman bergula


4. Kerap Bersenam & Bersukan

Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Anda juga boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari. Sebelum jogging anda digalakkan untuk minum green tea untuk membakaran lemak dengan lebih cepat seperti Cinch Tea Mix dari Shaklee ini:

Cinch Tea Mix Shaklee

Antara Manfaat Cinch Tea Mix Shaklee

5. Kuruskan Badan Dengan Cara Tradisional untuk Kekal Aktif


Anda tak sempat nak bersenam?? Jangan risau! Anda boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan banyakkan berjalan dalam kehidupan harian anda.

Contohnya, selalu anda akan menggunakan lif untuk naik ke rumah atau pejabat anda. Anda boleh tukar dengan menaiki tangga sekiranya rumah atau pejabat anda tidak terlalu tinggi.

Sekiranya anda tidak bekerja, anda boleh mempelbagaikan aktiviti harian anda dengan melakukan kerja mencuci dan membersihkan rumah untuk membuatkan badan anda kekal cergas.


6. Berpuasa Sekejap atau Intermittent Fasting (IF)


Salah satu cara kurus dengan cepat yang tersimpan sejak sekian lama adalah melalui intermittent fasting.

Apabila menggunakan kaedah ini, ia secara tidak langsung akan memaksa anda mengurangkan pengambilan kalori harian.

Ada yang mengamalkan 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan.

Ada juga yang mengamalkan 20 jam berpuasa dan hanya 4 jam waktu makan. 

Berikut merupakan contoh cadangan pelan hidangan untuk yang baru nak bermula buat Intermittent Fasting .




7. Kurangkan Berat Air Dalam Tubuh Badan 

Terdapat beberapa kaedah untuk kurangkan berat air dalam tubuh anda yang boleh membuatkan anda lebih kurus dan ramping.

Salah satunya adalah dengan cara minum kopi.

Kopi adalah salah satu minuman yang dikenali mengandungi kandungan kafein.

Kafein boleh membantu anda membakar lebih banyak lemak dan menghilangkan lebihan air dalam tubuh.

Tapi diingatkan kopi tanpa gula okay?? Kalau tak sia-sia IF yang korang buat tadi tu😁.


Akhir kata, ALL THE BEST korang untuk kurus sebelum raya! Nak kurus dengan bantuan Vitamin Shaklee boleh terus WhatApps Tiqah ya.

Thanks korang sebab sudi singgah entry Tiqah kali nie.


Yang Ikhlas,

Your Trusted Distributor
Nur Atiqah Ahmad Fisal 

ID No: 1357327







Comments