Apa itu sakit sendi??
Menurut website PHYSIOGO, Sakit sendi atau keradangan sendi merupakan gejala kepada lebih 100 penyakit yang berkaitan dengan sendi. Sakit sendi yang paling sering berlaku adalah arthritis dan gout.
Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan membenarkan pergerakan. Sebagai contoh, sendi di kawasan bahu, siku, lutut dan pergelangan tangan.
Semakin meningkat umur, struktur di kawasan sendi ini semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Lalu menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain.
Keadaan ini mengakibatkan kecederaan tisu dan berlaku keradangan di sendi tersebut.
Cara Merawat Sakit Sendi
Terdapat beberapa rawatan sakit sendi yang boleh anda cuba untuk kurangkan sakit pada sendi:
1. Rehat yang cukup
Sakit sendi yang ringan boleh diredakan dengan rehat secukupnya. Sendi terlibat direhatkan dari sebarang aktiviti dan pergerakan.
2. Pek ais atau haba
Anda boleh cuba letakkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit.
Ais boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Letakkan pek ais pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit.
Manakala pek haba boleh meringankan ketegangan sendi.
3. Ubat tahan sakit
Jika sakit berpanjangan, pesakit akan diberikan ubat tahan sakit untuk merawat kesakitan terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan sendiri ubat tahan sakit seperti paracetamol di farmasi berhampiran.
Anda juga boleh cuba vitamin Shaklee iaitu Pain Relief Caplet (PRC) untuk memberi kelegaan segera pada bahagian sendi yang sedang sakit.
4. Lakukan regangan dan senaman
Melakukan senaman merupakan rawatan sakit sendi yang efektif. Terdapat beberapa jenis senaman ringkas yang anda boleh dilakukan di rumah:
i. Hamstring stretch
ii. Calf stretch
iii. Hamstring curls
iv. Knee rolls
v. Straight leg raises
5. Rawatan fisioterapi
Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit sendi dengan berkesan. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan sendi dan meningkatkan julat pergerakan sendi.
Comments
Post a Comment