Vitamin E Shaklee

Vitamin E Shaklee diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E. Ia diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama & delta) dan ini menjadikan Vitamin E Shaklee merupakan Vitamin E yang paling lengkap dan semula jadi di pasaran.

Vitamin E Shaklee juga mengandungi selenium yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E dengan lebih baik, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ia juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

VITAMIN E terkenal sebagai vitamin cantik. Bagus untuk mereka yang inginkan kulit lebih cantik, lebih licin, dan awet muda sentiasa.

Vitamin E merupakan vitamin larut lemak. Jadi, penyerapannya adalah bersama-sama dengan lemak. Apabila badan kita menyerap lemak di usus kecil, maka Vitamin E ini juga akan diserap bersama-sama lemak tersebut. Sekiranya ia berlebihan, maka ianya akan disimpan. Berbanding dengan Vitamin B dan C iaitu Vitamin larut air, maka ia akan dibuangkan bersama-sama air kencing sekiranya makan berlebihan.


Vitamin E ini mempunyai fungsi penting sebagai ANTIOKSIDAN.


Apa itu ANTIOKSIDAN ???

Fungsi antioksidan itu adalah untuk melawan radikal bebas yang kita dapat dari persekitaran dan makanan yang kita makan. Radikal bebas ini boleh memusnahkan sel. Jadi, apabila ada Vitamin E ini ia boleh membantu kita melawan radikal bebas ini dari merosakkan sel badan kita. Pendek kata, ia melindungi sel badan kita dari kerosakan. 


Di mana kita boleh dapat sumber VITAMIN E ini?

1. Dari tumbuh-tumbuhan berasaskan minyak. Contoh tumbuhan yang kita jadikan minyak adalah              minyak jagung, minyak kelapa sawit dan minyak zaitun. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai                    kandungan Vitamin E yang sangat tinggi.

2. Dari kekacang

3. Dari biji-bijian seperti biji bunga matahari

4. Dari buah-buahan seperti kiwi

5. Dari sayur-sayuran seperti brokoli


VITAMIN E sering digunakan sebagai bahan aktif di dalam produk kecantikan.


Apakah kelebihan VITAMIN E??

1. Menyokong kesihatan penglihatan

  • Boleh mengurangkan risiko katarak. Dalam risiko katarak ini, ia boleh mengurangkan 20% risiko AMD (Age Macular Degeneration)

Apa itu AMD?

AMD adalah situasi di mana penglihatan kita di bahagian tengah mata iaitu retina mempunyai sedikit kecacatan disebabkan banyaknya photoreceptor. Apabila cahaya masuk pada bahagian kornea, ia akan masuk terus ke retina dan ini akan menyebabkan kawasan itu akan ada sedikit kecacatan. 


Perbezaan antara Mata Yang Sihat Dengan Mata Yang Rosak disebabkan AMD


Biasanya, penyakit ini berlaku pada usia linkungan 50 hingga 60 tahun. Jadi, apabila seseorang mendapat penyakit AMD ini, tahap penglihatannya ketika membaca menjadi agak susah dan agak sedikit lambat ketika hendak mengecam seseorang (erti kata lain, lambat nak kenal orang). Ia belum tahap rabun lagi, cuma tak berapa nampak sangat penglihatan dia, agak kabur sedikit. Jadi, VITAMIN E ini membantu dalam mengurangkan peratus AMD ini.

VITAMIN E disimpan di dalam sel membran bagi mengurangkan kerosakan sel akibat daripada sinaran UV iaitu cahaya dari panas matahari. Seperti yang sedia maklum, saiz mata kita akan kekal sama sejak lahir sahaja. Jadi, kita perlulah jaga kesihatan mata dengan sebaik-baiknya kerana tiada yang baru untuk diganti.

2. Menyokong kesihatan jantung

VITAMIN E membantu meningkatkan peredaran darah dan memastikan jantung dalam keadaan sihat. 

Bagaimana VITAMIN E ini membantu mengekalkan kesihatan jantung ??

VITAMIN E boleh menghalang pengoksidaan kolestrol LDL (low-density lipoprotein). Seperti yang kita tahu, LDL ini adalah kolestrol yang jahat di mana ia boleh menyebabkan pengumpulan plak pada arteri. Apabila pengumpulan plak pada arteri ini berlaku, ia boleh menyebabkan saluran arteri menjadi sempit dan menyebabkan saluran arteri terluka apabila berlakunya peredaran darah. Apabila terluka ia akan menyebabkan berlakunya aterosklerosis/plak kolestrol. Jadi, VITAMIN E membantu mengurangkan risiko pembentukan plak.


Perbezaan antara arteri normal dengan arteri yang disempitkan 
oleh plak yang terkumpul.

VITAMIN E juga boleh menyokong jantung yang sihat dengan boleh mengepam sebanyak 7,570L darah sehari. Biasanya manusia boleh mengepam sebanyak 5,000L sehari. Apabila jantung boleh mengepam melebihi keupayaan biasa, ia bermaksud proses pengepaman darah di dalam jantung kita adalah lebih baik. Jadi, Tiqah nasihatkan ambillah VITAMIN E sebagai makanan tambahan anda untuk kesihatan jantung anda yang baik.


3. Menggalakkan kulit yang cantik

Seperti yang kita sudah tahu, VITAMIN E bersifat antioksidan dan berfungsi melindungi sel tubuh badan kita. Jadi, ia juga membantu menguatkan sistem perlindungan pada kulit dan melindungi kulit  dari sebarang kerosakan. Selain itu, ia bertindak sebagai anti-radang secara semulajadi untuk menenangkan kulit kita. Kulit kita jadi lincin dan selesa, tiada masalah kering.

Kulit merupakan organ terbesar di dalam tubuh badan manusia


4. Memberikan fungsi otak yang bagus

VITAMIN E meningkatkan fungsi otak di mana ada kajian VITAMIN E boleh meningkatkan fungsi kognitif (cara kita berfikir) kita. Sel-sel otak cepat berhubung, tak mudah "blur" apabila memikirkan sesuatu. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer iaitu penyakit hilang ingatan. 

VITAMIN E bertindak bersama-sama dengan DHA untuk fungsi neuron iaitu untuk melindungi sel saraf kita.


5. Meningkatkan pergerakan sperma

Selalunya untuk kesihatan sistem pembiakan lelaki ini, Tiqah sarankan pengambilan VITAMIN E bersama-sama dengan Zink Komplek. Vitamin E ini bertindak seperti GPS di mana ia tahu arah pergerakan ke mana yang perlu tuju iaitu sperma tidak akan berpatah balik ke vagina tetapi akan terus ke servik, uterus dan seterusnya ke tiub follapian dan ovari. Manakala zink pula, ia akan meningkatkan kuantiti sperma yang dihasilkan.

Macam mana VITAMIN boleh meningkatkan "spermatility"??

VITAMIN E bertindak bersama-sama dengan Selenium untuk melindungi sperma itu sendiri. Seperti yang anda tahu, VITAMIN E mempunyai sifat antioksidan yang mana boleh melindungi sel, maka ia juga melindungi sel sperma. Tetapi tindakannya dalam melindungi sel bersama-sama selenium akan menjadi lebih bagus. Jadi, apabila sel sperma yang dihasilkan sihat, ia memudahkan proses persenyawaan ovum berlaku dan kebarangkalian untuk mengandung bagi perempuan akan menjadi lebih tinggi.


Info tambahan, sperma merupakan sel yang paling kecil di dalam tubuh badan manusia.


Kajian pemberian supplement VITAMIN E dan Selenium terhadap 690 lelaki mandul menunjukkan :

  •    52.6 % didapati pergerakan sperma itu semakin laju dan bagus, bergerak menuju arah                   yang betul
  •   10.8 % didapati terus mengandung (setelah pergerakan sperma sudah semakin bagus)
  •   36.6% didapati tiada tidak balas

Keputusan Kajian Pemberian Supplement Vitamin E dan Selenium 
terhadap 690 orang lelaki mandul


Secara kesimpulannya, pengambilan Vitamin E dan Selenium membantu meningkatkan pergerakan sperma menjadi lebih cepat dan betul. Wanita juga akan cepat hamil!!


Keistimewaan Vitamin E Complex Shaklee



1 Kapsul Vita-E Complex mengandungi :

  • 400IU Vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh. 
  • 65mcg Selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum. 
  • 39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

Mampukah anda mengambil 11 cawan minyak kacang soya setiap hari??

Pengambilan 1 Kapsul VITAMIN E sehari sudah cukup SELEPAS MAKAN!

Sebotol ada 120 softgels, TAHAN 4 BULAN


Manfaat Tambahan Pengambilan VITAMIN E

  • Bersifat anti-penuaan, ia dapat mengurangkan garisan halus, tanda penuaan pada wajah
  • Membantu memudarkan/mengurangkan parut dan masalah jerawat
  • Memperbaiki peredaran darah lalu menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat.

Testimoni Vitamin E


Kulit muka semakin gebu dan parut semakin hilang - Puan Ainal Syifa


Parut bekas jerawat semakin hilang dan liang pori semakin mengecil - Puan Nurul Fareha


Kulit muka rasa moist dan tidak kering ataupun berminyak _-Puan Tengku Sofia


Muka kembali cantik dengan VITAMIN E selepas breakout 



Anda dah tahu fungsi dan manfaat utama VITAMIN E, kan?? Jadi sebagai penutup, Tiqah nak maklumkan dekat korang yang Shaklee ada buat promo VITAMIN E pada bulan ini, selagi stok masih ada ya. Jadi, Tiqah nak ajak korang sama-sama cuba VITAMIN E sementera tengah promo iniπŸ₯°.

Promo Vitamin E sepanjang bulan Merdeka ini



Jom dapatkan segera VITAMIN E pada harga promo yang murah dan jimat ini dengan Tiqah sekarang!!

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau anda memerlukan konsultasi berkaitan produk Shaklee, anda boleh terus tekan link ini πŸ‘‰Atiqah sedia membantu.

Sekian sahaja perkongsian Tiqah untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda mengenali apa fungsi dan kebaikan VITAMIN EπŸ’“.

Sekian, terima kasih.


Your Trusted Distributor,

Nur Atiqah Ahmad Fisal 
ID No: 1357327


#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023
#ShakleePenang
#ShakleeBayanLepas
#ShakleeKedah

Comments