Doa Yang Bagus Untuk Wanita

Dalam kesibukan melakukan kerja harian sama ada di tempat kerja mahupun di rumah, membuatkan seseorang wanita memerlukan hubungan yang baik dengan Pencipta Alam bagi membantunya mengekalkan momentum menghadapi hari-hari mendatang dengan restu dari Yang Maha Esa.

Selain menunaikan Solat Fardhu yang wajib bagi setiap Umat Islam di muka bumi ini, kita sebagai Hamba-Nya juga perlu memanjatkan doa pada yang Esa. Untuk entry kali nie, Tiqah nak share dengan korang DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA yang boleh korang amalkan dalam kehidupan seharian hasil daripada pembacaan artikel dari mstar.

Dalam kehidupan seharian, setiap orang pasti mempunyai masalah sendiri sama ada berkait rapat dengan ahli keluarga mahupun rakan sepejabat. Hal ini membuatkan kita berasa tidak tenang dan serabut memikirkan pemasalahan yang berlaku. 

Jadi, sebagai manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa sudah pasti akan ada titik hitam dalam hati yang kuat mempengaruhi emosi.


Tidak dinafikan apabila seseorang berdepan situasi ini, dia akan sedaya upaya mencari jalan keluar tetapi tahukah anda jalan yang terbaik untuk mencegah ketidakstabilan emosi dan menguatkan diri semula adalah dengan memohon pertolongan Allah SWT dan mengamalkan doa agar hati agar hati menjadi tenang.

Seluruh ayat al-Quran dan doa sememangnya dapat memberi ketenangan. Berikut merupakan 4 bacaan doa termasuk 3 daripadanya adalah untuk ketenangan hati.

Doa Yang Bagus Untuk Wanita 

1. Doa agar terhindar dari rasa cemas

Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wal dholaid daini wa gholabatir rijali.

Ertinya: "Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat."



2. Doa agar hati tenang

Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli.

Ertinya: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.



3. Doa agar hati tenang (Al-Baqarah 250)

Rabbanaa afrig 'alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa 'alal qaumil kafiriin.

Ertinya: "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."




4. Doa agar hati tenang (Hadis Imam Thabrani)

Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.

Ertinya: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu."


Setelah membaca doa-doa tenang hati tadi, korang juga boleh lakukan Empat (4) Perkara ini untuk memulihkan suasana hati.

1. Ambil Wuduk

Pertama sekali anda boleh mengambil wuduk. Cara ini sememangnya dapat memberi ketenangan dengan serta merta.

2. Senaman Ringan

Kedua anda boleh melakukan senaman ringan agar tubuh anda berada dalam keadaan aktif yang berperanan memberi ketenangan fikiran.

3. Teknik Pernafasan Yang Betul

Seterusnya, anda cuba pratikkan teknik pernafasan untuk menenangkan diri. Ini sangat membantu bagi melepaskan mood negatif dalam diri.

4. Minum Air Sejuk

Keempat, anda sebaiknya disarankan minum air sejuk untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan dan menyejukkan fikiran.

Semoga doa yang dikongsikan dapat membantu korang dalam mengharungi lumrah kehidupan yang berliku ini. Sesungguhnya, segala yang berlaku ada hikmah dari-Nya dalam menguji ketaatan seseorang Hamba-Nya.

Jemput baca juga DOA BAGUS UNTUK WANITA, hasil pengkongsian daripada sahabat saya.

Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah pada kali ini.



Salam Sayang Dari,
Your Trusted Distributor
Nur Atiqah Ahmad Fisal 

ID No: 1357327

#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023
#ShakleePenang
#ShakleeBayanLepas
#ShakleeKedah

Comments