Kita mak-mak nie sekali sekala dapat berjalan mesti seronok kan?? Yelah, masa inilah nak rehat dari kesibukan kerja-kerja rumah. Nak ambik udara segar di tempat orang.
Namun, bila kita geng mak-mak ini bercuti bukan boleh fikir diri sendiri ja kan 😆??? Nak kena fikir segala hal baik baju anak-anak, baju laki sendiri lagi. Haihhh laa, kena jugak la memikirkannya jugak kan. Dah menjadi rutin seorang yang bergelar mak-mak nie. Belum bab makan anak-anak lagi, tambahan yang masih ada anak kecil. Besar kan pengorbanan seorang yang BERGELAR IBU.
Apa-apa pon, kita lakukan apa yang terdaya bagi memudahkan segala urusan kita semasa membawa anak-anak pergi bercuti. Jadi, entry kali ini Tiqah ingin berkongsi TIPS TRAVEL GENG MAK-MAK dengan korang. Jemput baca ya korang🥰.
TIPS TRAVEL GENG MAK-MAK
1. Survey tempat penginapan yang sesuai untuk kanak2.
- memilih tempat percutian/penginapan yang mempunyai kemudahan kolam mandi/waterpark
- memilih hotel/homestay sesuai dengan budget masing2
2. Senaraikan barang keperluan anak, suami & diri
- senaraikan baju yang perlu dibawa semasa bercuti nanti
- alat kelengkapan mandian seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi
- silakan masukkan sekali plastik untuk letak baju basahan / baju kotor
3. Sediakan beberapa ubat sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya anak mengalami gejala demam, batuk, selsema
- sediakan ubat demam, batuk & selsema buat anak2
- sediakan panadol untuk kegunaan korang & juga suami
4. Packing barang awal
- masukkan semua baju dan keperluan diri, suami & anak2 yang lain terlebih awal2 ke dalam bag untuk mengelakkan dari tertinggal
5. Bawa dokumen pengenalan diri bersama
- pastikan anda membawa kad pengenalan diri dan juga mykid anak2
6. Sediakan makanan & minuman yang mencukupi
- bawa susu anak & air panas untuk dibancuh
- bawa makanan seperti biskut, roti sebagai persediaan awal sekiranya anak mengadu lapar ketika dalam perjalanan
Ok dah tau kan TIPS TRAVEL GENG MAK-MAK nie. Tiqah harap dapat membantu korang sedikit sebanyak dalam membuat persediaan awal sebelum memulakan aktiviti travel korang. Akhir kata, Happy Travelling untuk semua.
Sekian terima kasih.
Your sincerely,
Nur Atiqah Ahmad Fisal
ID No: 1357327
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleePenang
#ShakleeBayanLepas
#ShakleeKedah
Comments
Post a Comment