Tips Bisnes Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Moga semua sihat-sihat hendak-Nya. 

Tiqah nak tanya korang pernah dengar pasal bisnes online?? Mesti pernah kan??

Sumber Gambar: Google Image

Apa bisnes online tu?? Macam mana bisnes online nie ya?? Jom baca selanjutnya 🤗.

Bisnes online juga dikenali sebagai Bisnes Secara Atas Talian. Ia adalah perniagaan yang operasinya dibuat secara online, dan kita menjana pendapatan secara online.

Aktiviti perniagaan online ini termasuklah membeli melalui internet, menjual dan beriklan di laman sosial seperti Facebook, Whatsapp story, Instagram dan lain-lain media lagi.

Yang kita cuma perlu ada untuk melakukan bisnes online ini adalah hanya telefon bimbit dan internet sahaja.

Setelah itu, anda boleh melakukan bisnes ini di mana-mana sahaja. Mudahkan?

Ya, memang mudah!! Tapi bukannya kita kena ambil mudah begitu sahaja. Di sini Tiqah nak share tips bisnes online buat newbies mahupun yang dah lama berkecimpung dalam dunia bisnes online ini.


Tips Bisnes Online

1. Mulakan dengan Dropship

Mulakan bisnes online hanya sebagai Dropship terlebih dahulu. Kebanyakan Dropship tidak memerlukan modal sebagai permulaan dan sebahagiannya mungkin hanya memerlukan modal yang rendah sahaja.

Buat permulaan, sertai bisnes online ini sebagai Dropship untuk kita tahu sama ada bisnes itu sesuai ke tidak dengan permintaan pengguna / pasaran. Sekurang-kurangnya anda dapat tahu macam mana bisnes online ini dilakukan.


2. Jangan beli atau simpan stok

Apabila kita simpan stok, maksudnya duit kita beku. Dan kita mesti habiskan stok untuk dapat pulangan!

Untuk mula buat bisnes online, cukup jadi buat dropship atau jadi affiliate produk terlebih dahulu.

Belajar bagaimana untuk menjual dahulu dan bila dah dapat pulangan, barulah anda boleh fikirkan untuk pegang stok.


3. Jangan terlalu menjual

Tak disangka lagi, apabila kita mula berbisnes, mesti orang akan fikir kita nak dapatkan duit lebih. Sudah tentu laa setiap orang mahukan imbalan atau komisen (dalam bentuk wang) dalam melakukan sesuatu. Tetapi, jangan terlalu menjual setiap kali kita posting di media sosial.

Setengah produk yang kita promosikan mesti ada yang sudah mengenali kelebihan dan manfaat produk tersebut buat mereka. Namun, kadang-kadang mungkin bukan rezeki kita dalam mendapatkan jualan produk kita itu. 

Jadi untuk mengekalkan posting kita sentiasa mendapat sokongan ramai, anda dinasihatkan untuk kongsikan berkaitan manfaat dan kebaikan produk buat sasaran pelangggan anda. Sebagai contoh, sekiranya sasaran pelanggan anda mempunyai masalah sakit kepala atau migraine, kongsikan la kesan sekiranya sakit kepala atau migraine itu berpanjangan. Setelah itu, cadangkan produk yang sesuai berkaitan dengan masalah pelanggan anda.

Sikit sebanyak membuka pintu hati pelanggan anda untuk mencuba🥰.

Kesimpulannya, fokus kepada membeli nilai kepada golongan sasaran.


4. Buat personal branding

Personal branding penting untuk bina kepercayaan orang.

Bila orang tengok kita selalu kongsi hal-hal yang memberi manfaat, orang akan mula percaya apa yang kita suggest.

Hal ini dapat mengelakkan orang berfikir kita ini seorang scammer. Jadi, orang akan percaya yang kita pengedar sah bagi sesuatu produk.


5. Komited dan konsisten

Untuk berjaya kita perlulah memberi komitmen berterusan di dalam setiap apa yang kita lakukan. Bukan sekadar melepaskan 'batuk di tangga'. Hari ini buat promosi, esok malas nak buat. No way!! 

Untuk berjaya kita perlulah sentiasa konsisten dalam setiap apa yang kita lakukan. Barulah hasil dari usaha konsisten dan komitmen anda itu membuahkan hasil yang setaraf.

Secara kesimpulannya, bisnes online sangatlah mudah. Anda tidak perlukan keluarkan modal dan ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja 🤗.

Dengan Tip Bisnes Online yang saya kongsikan ini, Tiqah harap korang bukan sekadar membaca. Mulakan langkah pertama hari ini dan buat sampai jadi!

Berminat untuk sertai bisnes online bersama saya dan team Shaklee, boleh terus klik link 👉 nak join bisnes shaklee ini.

Sekian, terima kasih.


Your Trusted Distributor,

Nur Atiqah Ahmad Fisal 

ID No: 1357327


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee 

#ShakleeThrive2023 

#ShakleeTriumph2023

#ShakleePenang

#ShakleeBayanLepas

#ShakleeKedah




Comments