Assalamualaikum dan Salam Hari Raya Korban🐂 buat semua.
Moga semuanya sihat-sihat belaka hendak-Nya. Alhamdulillah, mudah-mudahan. Aamiin2.
Entry Tiqah pada kali ini adalah berkenaan jeragat. Masalah jeragat menjadi masalah terbesar bagi wanita-wanita masa kini. Ia boleh menjadikan seseorang itu menjadi murung kerana ia boleh menjejaskan penampilan si dia.
Jeragat terjadi disebabkan penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanosit tubuh kita. Jeragat selalunya akan nampak kejadiannya di muka namun sesetengah orang mengalaminya di bahagian bahu dan tangan. Sekiranya, dibiarkan tanpa rawatan dan langkah-langkah pencegahan, jeragat tersebut akan bertambah tebal dan banyak. Jadi, untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit, anda boleh amalkan Petua Hilangkan Jeragat seperti berikut:
Pertama, KERAPKAN CUCI MUKA dengan pencuci muka yang tidak banyak menghasilkan buih seperti cleanser shaklee iaitu Youth Gel Oil Cleanser. Kerapkan mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk menjamin kebersihan muka anda. Ini adalah disebabkan jeragat terbentuk daripada lebihan minyak, bakteria dan sel-sel kulit yang mati; dan pencuci muka dapat menghapuskan pembentukan bahan-bahan tersebut di bahagian muka. Namun, diingatkan jangan biarkan muka anda terlalu kering yang boleh menyebabkan penghasilan minyak yang banyak di muka yang boleh menjuruskan kepada pembentukan lebih banyak jeragat.
Antara Manfaat Cleanser dari Shaklee
Kedua, anda juga boleh menggunakan DAUN LIDAH BUAYA (Aloe Vera) untuk menghilangkan jeragat. Caranya adalah dengan memotong daun lidah buaya itu kepada beberapa bahagian, kemudian kupaskan kulit luarnya dan akhir sekali sapukan lendir lidah buaya pada bahagian yang terdapat jeragat dan jerawat. Anda disarankan untuk melakukan aktiviti ini setiap hari bagi mengurangkan bintik jeragat dan menyegarkan kulit anda. Sekiranya anda susah untuk mendapatkan daun ini, anda boleh menggunakan yang segera (instant) punya iaitu gel aloe vera dari guardian bagi merawat masalah jeragat ini.
Ketiga, LINDUNGI KULIT ANDA DARI SINARAN MATAHARI dengan losyen atau krim pelindung matahari (atau nama lain sunblock). Pilih la sunblock yang mempunyai pelembap dan berSPF 50 bagi melindungi kulit anda dari sinaran matahari secara terus. Anda boleh mencuba sunblock-sunblock yang terdapat di pasaran yang mempunyai ciri-ciri ini. Di sini saya ingin mencadangkan sunblock dari shaklee iaitu YOUTH Age Defence Moisturizer SPF 50 yang boleh melindungi kulit anda dari sinaran UVA dan UVB. Pakaila sunblock walaupun anda berada di dalam rumah sahaja kerana di dalam rumah juga anda juga boleh terdedah kepada sinaran matahari dari luar dan haba dari dapur yang terhasil ketika anda masak menggunakan dapur.
Your Trusted Distributor,
Nur Atiqah Ahmad Fisal
ID No: 1357327
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleePenang
#ShakleeBayanLepas
#ShakleeKedah
Comments
Post a Comment