Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga anda semua dipermudahkan segala urusan hari ini. Aamiin
Konsep Kerja Dari Rumah atau Work From Home (WFH) mula dilaksanakan secara meluas ketika Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia berikutan wabak COVID-19. Kerja dari rumah ini sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia. Namun, banyak cabaran bagi seorang yang bergelar ibu dan ayah.
Paling mencabar adalah apabila anak tak nak bagi kerjasama. Hurmm, tak bagi kerjasama macam mana tu ya??? Maksudnya anak tak nak tidur, tak nak main sendiri, asyik menangis nakkan perhatian. Erti kata lain, nak mengempeng jer kerjanya. Aduh, macam mana ya?? Apa yang Tiqah boleh cadangkan adalah dengan memastikan perut anak itu kenyang dan cukup tidur. Insya-Allah, si anak akan slow-slow faham yang ibu dan ayahnya perlu bekerja sambil tengokkan mereka. Sambil-sambil itu, sering bercakap dengan anak-anak yang kita ada kerja yang perlu diselesaikan.
Selain cabaran dengan anak-anak, cabaran dengan mental dan fizikal kita sendiri pon merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapi bagi yang perlu kerja dari rumah. Cabaran yang dimaksudkan adalah cabaran untuk mengawal tekanan (stress) ketika bekerja di rumah. Tekanan yang dihadapi mungkin dari majikan anda sendiri yang mana memberi tempoh masa yang singkat kepada anda dalam menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Apabila hal ini berlaku dan anda tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan pada waktu tertentu, anda mungkin berasa tertekan dan ini akan menyebabkan anda tiada mood untuk bekerja.
Cara kerja di rumah dan di pejabat amatlah berbeza namun kita perlulah menggalas tanggungjawab ini dengan baik. Di pejabat, segala kelengkapan seperti alat tulis, fail dan kertas sudah disediakan. Cuma perlu gunakan / manfaatkannya dengan sebaik-baiknya. Selain itu, meja dan kerusi yang sesuai serta kelengkapan seperti mesin potostat dan printing juga disediakan di pejabat. Kelengkapan ini memudahkan kita melaksanakan tugas dengan baik. Namun, apabila bekerja di rumah menjadi sukar kerana kelengkapan - kelengkapan ini tidak disediakan. Kerusi yang ergonomik dapat memberikan anda keselesaan untuk bekerja di samping memelihara tulang belakang kita dari sakit.
Selain itu, kesulitan dalam mengakses data daripada pangkalan data pejabat juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh sebahagian mereka yang bekerja di rumah. Tambahan lagi, kemudahan internet yang terhad juga menyukarkan untuk kerja di rumah.
Walaupun banyak cabaran yang perlu kita hadapi ketika bekerja di rumah, kita sebagai pekerja perlulah melakukannya sehabis baik dan lebih produktif ketika bekerja dari rumah. Di sini Tiqah ingin kongsikan tips untuk anda kekal produktif ketika bekerja dari rumah yang Tiqah dapat dari hasil pembacaan di carian Google.
Tip untuk kekal produktif bekerja dari rumah:
1. Dapatkan 'mood' bekerja dengan memulakan hari seperti rutin hari bekerja termasuk bersiap seperti ingin pergi ke pejabat.
2. Buat perancangan tugas dengan teliti dengan mengutamakan tugasan yang perlu dihantar terlebih dahulu.
3. Ruang kerja mesti kondusif, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Ciri-ciri ergonomik, pengudaraan dan pencahayaan perlu dititikberatkan.
4. Jadualkan waktu rehat. Jika perlu, pasang penggera untuk mengingatkan kita berehat
5. Lakukan senaman ringan antara waktu kerja. Hormon endorfin yang dihasilkan penting untuk rasa positif.
6. Amalkan pemakanan seimbang. Biasanya kita cenderung untuk 'snacking' apabila bekerja dari rumah tetapi pilih makanan yang berzat seperti buah-buahan atau kekacang.
Sekian sahaja perkongsian Tiqah untuk kali ini. Semoga urusan ibu ayah yang perlu kerja di rumah bersama-sama anak dipermudahkan dengan tips yang Tiqah kongsikan ini.
Jika anda ingin mencari supplement / vitamin yang boleh kawal tekanan, yang boleh merelakskan minda anda sambil-sambil melayan kerenah anak-anak, anda boleh terus WhatsApp Tiqah laju-laju ya😉.
Jemput baca juga perkongsian dari sahabat Tiqah mengenai pengalamannya ber Kerja Dari Rumah.
Sekian, terima kasih.
Your Trusted Distributor,
Nur Atiqah Ahmad Fisal
ID No: 1357327
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleePenang
#ShakleeBayanLepas
#ShakleeKedah
Comments
Post a Comment