Testimoni Shaklee Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, tahun nie genap 3 tahun Tiqah kenal shaklee. Pendek kata, masa anak sulung Tiqah baru umur 5 bulan, Tiqah cuba ikhtiar banyakkan susu badan dengan shaklee untuk puteri kesayangan, Nur Qaireen Ayesha🥰. 

Puteri kesayangan jadi duta shaklee sat, upah susu lemak manis jaa😁

Hihi, dah nampak kan produk shaklee apa yang Tiqah ambik untuk ikhtiar banyakkan susu? Semestinya, ESP dan Alfalfa Complex. Alhamdulillah, dengan pengambilan kedua-dua produk nie, Tiqah berjaya susukan anak sehingga 9 bulan sepenuhnya. Aikk, takkan 9 bulan ja🤔?? Ya, rezeki setakat itu sahaja, itu pon bersyukur sangat dah Allah temukan Tiqah dengan produk bagus ini. Tapi kan, sebenarnya bukan setakat 9 bulan, tapi sehingga umurnya menjangkau 2 tahun setengah🤣. 

9 bulan tu maksudnya, Tiqah tak campur susu badan dan susu formula. Memang fully breastfeeding. Setelah umurnya 9 bulan, Tiqah masih menyusu badan dia sehingga 2 tahun setengah tapi pada masa yang sama Tiqah bekalkan susu formula pada pengasuh sebagai back up sebab susu tak cukup semasa sesi perahan (pumping) susu. Kira susu formula tu, ada minum semasa di rumah pengasuh sahaja🤭. 

Balik saja dari pengasuh, memang si comel nie sedia dah nak nangis mintak susu mama dia🤣. Kadang-kadang sambil memandu pon jadi😁. Sebelum sampai rumah pon kalut nak selak dah baju mama dia, nak mintak susu. Hai la anak mama sorang nie. Macam mana boleh wean off?? Sebab mama tau dia nak jadi kakak pulak. Jadi, disarankan untuk berhenti menyusu badan. Cukup la 2 tahun setengah dah kan😉.

Ok, berbalik kepada cerita asal, iaitu macam mana ESP dan alfalfa nie membantu dalam penyusuan anak Tiqah. Apa yang Tiqah perasan bila minum ESP nie, susu Tiqah jadi lebih pekat semasa sesi perahan. Kalau Tiqah tak minum ESP nie, susu badan jadi agak cair la jugak. Bila susu jadi pekat dan sangat berkrim dengan lemak manisnya, anak Tiqah dapat tidur dengan secukupnya. Ya lah kan, mama dia bagi minum susu penuh khasiat. Anak jadi cepat kenyang. Kejap ja menyusu dah sendawa kekenyangan. Masa penyusuan pon pendek sahaja. Jadi, sangat la membantu Tiqah dalam menyusukan anak. Kita sebagai ibu pon senang hati bila anak kenyang minum susu penuh khasiat. Sesungguhnya, susu ibu adalah susu terbaik untuk anak-anak kita. Pakar jugak menggalakkan kita untuk menyusukan anak sehingga umurnya menjangkau 2 tahun. Ia nya bagus untuk kuatkan antibodi anak-anak kita. 

Nak tahu apa yang membolehkan ESP nie bantu ibu-ibu dalam penyusuan? Jom kita lihat kandungan nutrisi yang ada di dalamnya. 

Kajian menunjukkan seorang ibu menyusu perlu cukupkan jumlah protein harian mereka. Ini kerana protein membantu dalam proses penghasilan susu badan yang banyak dan mencukupi serta berkualiti. Satu hidangan ESP membekalkan 14 g protein berasaskan tumbuhan iaitu dari soya yang tidak diubah genetiknya.

Kajian menunjukkan ibu yang sedang menyusu memerlukan 2x ganda protein berbanding dengan wanita yang tidak menyusu. Anggaran sumber protein yang perlu di ambil untuk ibu menyusu adalah sekitar 65 - 72 gram setiap hari. Jadi ESP nie sangat lah membantu saya sebagai milkbooster. Alhamdulillah, ditemukan dengan produk yang terbaik. 

Alfalfa jugak membantu di dalam penghasilan susu ibu. Semasa percubaan dahulu, saya mengambil 2 biji pagi dan malam sebagai permulaan. Alhamdulillah, sikit sebanyak membantu saya dalam banyakkan susu badan dan pada masa yang sama ia jugak membantu dalam proses detox dan pencernaan. 

Dalam ikhtiar banyakkan susu melalui pengambilan supplement, saya juga memastikan diri saya minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk penghasilan susu badan secara optimum.

Setelah berbulan saya cuba ESP dan Alfalfa, saya cuba pula pil kalsium shaklee yang dikenali sebagai OsteNutrix. Pil kalsium ini sangat membantu saya dalam mencukupkan sumber kalsium untuk tubuh saya iaitu untuk kesihatan tulang saya. Seperti yang semua tahu, segala makanan si ibu makan diserap oleh si anak yang disusuinya🥰. Pendek kata segala khasiat dikongsi dengan si anak. Jadi untuk memastikan kesihatan tulang, saya ambik pil kalsium ini 3 biji sebelum tidur. Alhamdulillah, selain untuk kuatkan tulang, ia juga membantu saya untuk tidur yang lena walaupun hanya beberapa jam sahaja tidur di malam hari. Ya la kan, bila dah ada anak kecik nie, tidur pon macam tidur ayam ja 😅.

Semasa mengandungkan puteri kedua saya, saya masih teruskan pengambilan ESP dan pil kalsium OsteNutrix ini untuk kekal bertenaga dan sihat walaupun berbadan dua. Ia sangat membantu saya untuk kekal bertenaga dan tahan lapar ketika menggantikan puasa yang lepas. 

Antara Manfaat OsteNutrix 

Alhamdulillah, setelah selamat bersalin kan puteri kedua saya, saya direzekikan susu badan yang banyak yang mana setiap pagi lepas subuh saya perlu mewajibkan diri untuk mengepam disebabkan susu terlalu banyak sehingga baju yang dipakai pon basah. Oversupply gamaknya😅. Alhamdulillah, syukur sangat untuk anak kedua nie tak susah hati sangat nak tinggal anak dekat pengasuh kerana stok susu mencukupi. 

Hasil Sesi Perahan Pagi Tadi; Dapat 8onz untuk sebelah sahaja

Kadang-kadang tu saya culas atau lupa jugak dalam pengambilan ESP nie. Alhamdulillah, susu tetap ada. Sekiranya, saya kurang makan pada hari tersebut, saya akan topup dengan meminum ESP nie untuk cukupkan nutrisi harian. Alhamdulillah, anak tidur pon lama ja. Sedap sangat minum susu mama dia yang creamy tu. 

Puteri Kedua saya, Nur Alia Humaira

Di sini Tiqah ingin mengajak ibu-ibu hamil dan yang tengah menyusu untuk cuba Set Milkbooster dari Shaklee ini. Insya-Allah, Tiqah akan guide cara pengambilan yang betul.

Mohon doa kalian supaya Tiqah dapat konsisten susukan anak yang kedua nie sehingga umurnya 2 tahun seperti kakaknya dan dipermudahkan segala urusan penyusuan. Aamiin🤲🏻🤲🏻

Sekian sahaja perkongsian Tiqah untuk entry kali ini. Moga dimurahkan rezeki Tiqah untuk dapat hadiah istimewa tajaan dari Master Norita atau nama manja Kak N http://www.anakkuwira.com. Aamiin Ya Rabbalaalamin 🤲🏻.

Sekian, terima kasih.


Your Trusted Distributor,

Nur Atiqah Ahmad Fisal 
ID No: 1357327



#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023

Comments

  1. Alhamdulillah bestnya dapat menyusu anak2 dengan titisan emas.

    ReplyDelete

Post a Comment