Bismillahirrohmanirrahim. Assalamulaikum dan Salam Hujung Minggu buat semua.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kita masih dapat lagi bernafas di muka bumi yang indah ini. Dapat menghirup udara segar di pagi hari. Apa pelan anda hari ini? Rata-rata mesti menghabiskan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan dengan perkara yang bermanfaat di samping merehatkan minda dan badan yang kepenatan. Sesungguhnya masa itu sangatlah berharga buat semua. Jadi, kita perlu menghargainya dengan sebaiknya.
Setiap orang diberikan masa selama 24 jam sehari. Kita sebagai seorang umat Islam perlulah membahagikan masa dengan baik dan bijak antara kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Masa untuk beribadat, berehat dan juga bekerja. Ibadat yang dimaksudkan adalah solat 5 waktu, membaca Al-Quran dan mengerjakan solat-solat sunat serta amalan-amalan kebaikan yang lain. Selain beribadat, kita juga perlu meluangkan masa kita untuk berehat dengan secukupnya supaya kesihatan kita menjadi lebih baik. Hal ini kerana, sekiranya kesihatan kita terjejas, kita tidak dapat melakukan kerja dan ibadat harian seperti biasa. Apabila kita sihat, kita dapat bekerja dengan sebaiknya seperti yang diharapkan oleh majikan kita.
Oleh itu, saya ingin mengajak anda untuk hargai masa yang ada. Sesungguhnya, masa itu sangatlah pantas berjalan dan ianya pasti tidak akan kembali mahupun boleh diundur kembali. Masa merupakan harta paling berharga dan tidak boleh ditukar ganti seperti emas berlian yang kita beli. Seperti yang kita ketahui sejak sekolah lagi, pepatah mengatakan "MASA ITU EMAS" dan "MASA IBARAT PEDANG". Jika kita tidak menggunakan masa dengan sebaiknya, kita yang rugi seperti yang terkandung dalam surah al-Asr: Ayat 1-3. Surah tersebut bermaksud “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran, serta berpesan-pesan dengan kesabaran” seperti gambar di bawah.
Dalam mengatur masa dengan bijak, kita perlu memberikan keutamaan kepada perkara yang wajib seperti ibadah solat fardhu. Setelah itu, barulah selesaikan perkara-perkara yang lain. Sebagai contoh, sekiranya waktu solat dah masuk, maka segerakanlah solat terlebih dahulu sebelum melakukan perkara atau pekerjaan yang lain. Betul saya cakap nie, pengalaman saya sendiri apabila solat di awal waktu, saya merasakan masa pada itu sangatlah panjang dan kerja-kerja yang hendak dilakukan dapat dibuat sebaiknya. Hati pon tenang je. Tak percaya??? Cuba tengok ok😉.
Akhir kata, saya ingin mengingatkan anda supaya hargai la masa yang ada sebelum ia berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan kita. Sesungguhnya, masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Wallahualam.
Terima kasih kerana sudi membaca entry saya pada kali ini. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengajak anda untuk membaca tazkirah dari sahabat saya berkaitan amalan menjemput rezeki. Semoga menjadi panduan buat semua.
Sekian, terima kasih.
Ikhas Dari,
Nur Atiqah
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Comments
Post a Comment