Assalamualaikum dan Salam Jumaat Penuh Barakah buat semua.
Sihat-sihat ka semua? Tiqah sekeluarga, alhamdulillah sihat saja.
Pejam celik pejam celik, kejap ja hari ini raya kedua Hari Raya Aidiladha atau nama lain Hari Raya Korban. Mesti ramai yang makan daging banyak kan. Apa-apa pon Tiqah nasihatkan korang berpada-pada dalam makan daging-daging tersebut demi menjaga kesihatan tubuh badan kita. Badan nak pakai lama kanπ.
Ok, taknak bebel panjang-panjang. Apa yang Tiqah nak share dengan korang hari ini adalah tentang AMALAN GAYA HIDUP SIHAT yang boleh kita amalkan supaya diri kita dan keluarga berada dalam keadaan sihat dengan izin-NYA. Aamiin.
Suka Tiqah mulakan dengan kita perlu jaga MAKAN dan MINUM harian kita untuk kekalkan gaya hidup yang sihat. Pepatah mengatakan "Kita Adalah Apa Yang Kita Makan". Makanan yang sihat dapat memberikan kita tubuh badan yang sihat dan cergas. Bebas dari penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, diabetes dan lain-lain penyakit yang berkaitan.
Penyakit-penyakit ini akan datang apabila kita mengamalkan gaya pemakan yang tidak sihat seperti makanan yang mengandungi tinggi gula dan garam, berminyak, serta berkolestrol tinggi. Makanan-makanan ini sekiranya diambil secara berlebihan atau kerap akan menyebabkan sistem badan kita tidak dapat berjalan dalam keadaan normal apabila had / takat melebihi jumlah sepatutnya. Jadi, Tiqah nak ingatkan korang supaya KAWAL PEMAKANAN anda. Seperti yang sedia maklum, penyakit tersebut tidak akan datang dengan serta-merta dan adakalanya kita tak sedar pon yang badan kita dah overdose gula, garam dan bahan-bahan yang lain dimana ia secara perlahan-lahan merosakkan sistem tubuh badan kita.
Makanlah secara seimbang seperti dicadangkan di dam PIRAMID MAKANAN di atas.
KURUS TAK BERMAKNA TAK ADA KENCING MANIS, GEMUK TAK SEMESTINYA BERPENYAKIT.
Korang pernah dengar kan ayat di atas??? Ya, betul. Kurus tak bermakna anda sihat dan yang gemuk pula tak semestinya tak sihat. Apa yang Tiqah nak tekankan ialah jagalah pemakan anda bermula dari sekarang.
Selain itu, anda juga perlu BERSENAM atau BERIADAH. Bersenamlah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam masa 20 hingga 30 minit untuk satu sesi senaman. Bersenam penting untuk pembakaran kalori makanan harian yang kita dah ambil sekaligus dapat juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Selain itu, bersenam juga dapat menguatkan otot jantung kita.
Selain gaya pemakanan yang seimbang dan senaman yang konsisten, PERSEKITARAN YANG BAIK DAN SIHAT juga merupakan salah satu gaya hidup yang sihat. Udara yang bersih adalah daripada persekitaran yang bersih. Bila udara bersih, kita dapat menghirup udara yang segar. Bagaimana mengekalkan persekitaran yang bersih?? Semestinya, tonggaknya menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal, tempat kerja dan tempat-tempat lain yang kita pergi. Sampah-sampah yang ada perlu dibuang di dalam tong sampah. Dilarang buang di dalam sungai ataupun laut kerana ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Pinggan cawan yang digunakan ketika makan dan minum perlu dibersihkan. Kawasan rumah perlu sentiasa bersih dan tiada tempat air bertakung di mana boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Apabila ini berlaku ia akan mendedahkan kita kepada penyakit demam denggi. Justeru itu, jagalah kebersihan kawasan persekitaran kita supaya kita dapat hidup dengan sihat bebas dari segala penyakit.
Dalam memastikan kesihatan tubuh badan baik, LAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA BERKALA ataupun sekurang-kurangnya dua tahun sekali untuk mengetahui tahap kesihatan kita pada tahap yang baik. Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan baik.
Akhir sekali, Tiqah mencadangkan anda untuk AMBIL SUPPLEMENT/MAKANAN TAMBAHAN seperti multivitamin untuk cukupkan nutrisi harian anda. Sesetengah orang mengatakan kita boleh dapat sumber multivitamin ini dari pemakanan harian (real food) kita. Ya, memang boleh tapi kita perlu makan makanan tersebut pada kadar yang banyak untuk cukupkan vitamin harian kita. Jadi, nak mudah anda boleh dapatkan multivitamin dari farmasi di sekitar anda. Anda boleh cuba multivitamin terbaik dari Shaklee iaitu VITA-LIZE.
Kesimpulannya, amalkan gaya hidup sihat seperti yang disenaraikan di atas supaya kita boleh kekal hidup dalam keadaan sihat. Pepatah melayu mengatakan 'MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI". Jadi, jagalah kesihatan diri dan keluarga anda dari awal lagi sebelum terlambat, ok?π
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca entry Tiqah pada kali ini. Amalkan "Amalan Gaya Hidup Sihat" mula dari sekarang untuk sihat dan kuat sentiasa. Sesungguhnya ia sangat bagus untuk kesihatan anda.
Sekian, terima kasih.
Your Trusted Distributor,
Nur Atiqah Ahmad Fisal
ID No: 1357327
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleePenang
#ShakleeBayanLepas
#ShakleeKedah
Comments
Post a Comment