Tips Kurus Dengan Cepat & Selamat

Setiap tahun, setiap bulan, setiap hari mesti ramai yang simpan hasrat nak kurus, nak diet tapi selalunya jadi angan-angan mat jenin ja kan???😆 Peribahasa yang best untuk impian ini "Hangat-hangat tahi ayam". Opps, maaf kalau ada yang terasa. Tapi betul, kan???    

So, untuk entry kali ini Tiqah nak share tentang Tips KURUS DENGAN CEPAT dan Selamat.

1. Banyakkan Protein, Kurangkan Karbohidrat 

    Nasi, roti, mee dan bihun merupakan contoh makanan yang tinggi karbohidrat. Makanan yang tinggi karbohidrat boleh melambatkan proses penurunan berat badan. Anda boleh tukar cara pengambilan makanan anda untuk membantu mempercepatkan proses penurunan. Antaranya, mengambil makanan rendah karbohidrat seperti telur, daging dan ayam. Selain itu, anda juga perlu cukupkan atau lebihkan protein harian anda untuk kurus Dengan cepat. Di sini saya cadangkan pengambilan protein dari Shaklee. Terdapat 3 jenis protein shake yang dikeluarkan oleh Shaklee iaitu: 

         


Untuk mengelakkan anda dari makan berlebihan, anda boleh ambil protein shake ini sebelum mengambil makanan berat. Protein ini sangat membantu anda untuk rasa kenyang lebih lama. Sekiranya anda rasa lapar, anda hanya perlu shake sahaja protein pilihan anda. Semudah ABC, sepantas kilat siap penyediaannya.


2. Kurangkan Pengambilan Kalori Harian

    Anda boleh mengawal kalori harian anda dengan mengambil tahu atau mengira jumlah kalori makanan yang akan anda ambil. Anda boleh memuat naik aplikasi/kalkulator kalori makanan yang sesuai di medium "app store" yang ada di dalam telefon anda. Dari aplikasi ini anda boleh menyemak jumlah kalori makanan yang akan anda makan nanti.

Berikut merupakan cara yang pantas untuk mengira jumlah kalori yang diperlukan oleh badan anda:

Langkah 1 : Perlu tahu Indeks Jisim Tubuh (IJT) / BMI, berat badan ideal dan tahap aktiviti fizikal anda.

Langkah 2 : Tentukan keperluan kalori dengan formula berikut :

Berat badan semasa (kg) didarabkan dengan faktor seperti Jadual 1 mengikut status berat badan dan aktiviti fizikal.

Tambah 400-600 kcal/hari sekiranya perlu peningkatan berat badan atau tolak pengambilan tenaga jika sebaliknya. (Tidak sesuai untuk pesakit tenat).

Contoh pengiraan  :

Anda adalah seorang guru Matematik di sekolah tempat anda mengajar di mana tahap aktiviti anda adalah sederhana. Berat badan anda adalah 60kg dengan ketinggian 162 cm. BMI anda adalah 22.9kg/m2 dan ia adalah berat badan unggul.

Jadi, keperluan kalori anda adalah :

60kg x 35 (Faktor F) = 2100 kcal @ 2000kcal sehari 

Jadual 1 : Faktor F Bagi Penentuan Kalori Untuk Orang Dewasa

Dalam mengawal kalori makanan, anda juga perlu elak pengambilan snek di antara waktu makan. Hal ini kerana ia boleh meningkatkan jumlah kalori harian anda. Jadi, lebih baik untuk anda elakkan. 

Selain itu, kurangkan pengambilan sos kerana ia juga merupakan faktor peningkatan keperluan kalori harian anda. Lebih baik, anda banyakkan pengambilan sayur dan minum air kosong kerana ia dapat membantu membakar kalori harian anda.


3. Melakukan Senaman atau Bersukan

    Kerapkan senaman ataupun bersukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk membakar kalori dan lemak dengan lebih mudah. Anda boleh berjoging, berjalan ataupun mengankat berat untuk memudahkan penurunan berat badan.



4. Berpuasa atau Mengamalkan Intermittent Fasting (IF)

      Dengan ber 'IF' , ia dapat membantu anda membakar lemak yang tersimpan sejak sekian lama dengan cepat. Melalui kaedah ini, ia secara tidak langsung akan memaksa anda mengurangkan pengambilan kalori harian.

Ada yang mengamalkan 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan. Ada juga yang mengamalkan 20 jam berpuasa dan hanya 4 jam waktu makan. Namun di sini saya ingin memberi cadangan kepada anda untuk mengamalkan 12 jam puasa dan 12 jam makan sebagai peringkat permulaan seperti di bawah:



Sekian sahaja tips yang saya hendak kongsikan. Jom sama-sama kita amalkan. Ada sebarang kemusykilan boleh WhatsApp Tiqah 👉 Untuk Maklumat Lanjut

Sekian, terima kasih.


Your Business Partner,

NUR ATIQAH AHMAD FISAL

Pengedar Sah Shaklee

013-4675735 


#NextLevelBlogging

#BlogMegaShaklee 

#ShakleeThrive2023 

#ShakleeTriumph2023

Jemput baca lagi TIPS KURUS DENGAN CEPAT



Comments