Shaklee mempunyai pelbagai rangkaian produk baik dari segi kesihatan dalaman, penjagaan luaran (seperti rambut), barang pembersihan rumah (seperti sabun basuh baju) mahupun penjagaan kesihatan kulit muka iaitu skincare products yang dikenali dengan nama Youth Skincare.
Namun, untuk entry kali ini, Tiqah hanya nak kongsikan dengan korang Sebab-Sebab Tiqah Memilih Vitamin Jenama Shaklee berbanding jenama lain yang ada di luar sana.
Mengapa Vitamin Shaklee menjadi PILIHAN??
1. Produk Shaklee Dihasilkan Daripada Bahan-bahan Semulajadi
Semua produk shaklee dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang asli dan organik serta berkualiti yang dipantau ketat bermula daripada biji benihnya. Jadi, tiada bahan kimia berbahaya yang akan masuk ke dalam badan kita. Sebab tu la produk-produk shaklee terkenal dengan ‘beyond organic’.
Shaklee juga telah membuat lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk terbaik dan selamat untuk kita makan setiap hari. Disebabkan itu, vitamin Shaklee menjadi pilihan Tiqah sejak 3 tahun yang lalu.
2. Produk Shaklee Terbukti Semulajadi, Selamat dan Berkesan
Semulajadi
Setiap bahan yang ingin digunakan perlu melalui 350 ujian untuk memastikan ianya betul-betul berkualiti, bebas bahan kimia dan racun perosak serta tiada pewarna, pemanis dan perisa tiruan.
Selamat dan Berkesan
Tak cukup dengan itu je, shaklee yang memang sangat komited untuk memastikan produknya betul-betul selamat dan berkesan dengan menjalankan lebih 100,000 ujian setiap tahun.
Pihak syarikat mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere. Dan 90 daripadanya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi setiap produk-produk Shaklee.
3. Supplements Shaklee Ada ‘Landmark Study’
Produk Shaklee merupakan satu-satunya supplements di dunia yang ada ‘Landmark Study’ iaitu Ujian yang dijalankan oleh pihak ke-3 untuk menguji keberkesanan supplements shaklee.
Kajian tersebut diketuai oleh Dr. Glady’s Block bersama team saintis University Berkeley, California ke atas 3 golongan iaitu pengguna produk shaklee(yang telah mengambil supplements shaklee selama 20,30,40 tahun), pengguna supplements jenama lain dan golongan yang tidak mengambil apa-apa supplements.
Hasil kajian telah membuktikan pengguna supplements shaklee jauh lebih sihat dan kurang risiko penyakit berbahaya berbanding golongan yang ambik supplements jenama lain dan golongan yang tidak mengambil apa-apa supplements langsung.
4. Mempunyai Vitamin Tertua di Dunia iaitu Vita-Lea Shaklee
Vita-Lea adalah multivitamin tertua di dunia yang dihasilkan oleh pengasas Shaklee, Dr. Forest C. Shaklee. Malah perkataan ‘VITAMIN’ tu sendiri pun berasal daripada Vitalize Mineral (nama lama Vita-Lea).
Vita-lea merupakan salah satu bukti Dr. Forest C. Shaklee yang sangat komited untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan ‘Harmoni dengan Alam Sekitar’ sejak lebih 100 tahun . Ini bermaksud dah berjuta-juta orang seluruh dunia makan vitamin Shaklee. Dan sejak dari itu juga tak ada isu apa-apa berkenaan produk. Dari situ kita dapat lihat produk Shaklee adalah produk terbaik dan selamat untuk jangka masa panjang.
5. Memenangi Anugerah Trusted Brand Reader Digest selama 3 tahun berturut-turut.
Shaklee juga telah memenangi anugerah Trusted Brand Reader Digest selama 3 tahun berturut iaitu untuk tahun 2021, tahun 2022 dan juga tahun ini iaitu tahun 2023. Award ini adalah satu anugerah berprestij yang dijalankan oleh pihak ketiga. Bukan Shaklee yang buat survey dan bukan dibayar untuk terima award ini. Yang menariknya pembaca untuk Reader's Digest daripada golongan berprestij iaitu para doktor, lawyers, geng-geng CEO's, Engineers, ahli korporat dan mereka yang fasih dalam English.
6. Bebas Gluten
Bagi mereka yang mempunyai alergi atau sensitiviti terhadap gluten, memilih vitamin yang bebas gluten adalah penting. Shaklee memahami kepentingan ini dan mengahasilkan produk yang bebas gluten. Ini membolehkan semua orang, termasuk mereka yang mempunyai alergi gluten, mendapat manfaat daripada produk Shaklee.
7. Tidak Pernah Melakukan Ujian ke Atas Haiwan
Shaklee adalah syarikat yang tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dalam pembangunan produk mereka. Ini menunjukkan komitmen mereka untuk tidak menyebabkan penderitaan haiwan semasa proses pembangunan produk selain meyakini Produk yang dihasilkan adalah selamat dan berkesan untuk penggunaan manusia dan tidak perlu di uji ke atas haiwan.
“ Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan. ” - Dr. Forrest C. Shaklee (Pengasas, Shaklee Corporation)
Setelah mengetahui keistimewaan Vitamin Shaklee, korang rasa macam mana?? Bagus tak produk Shaklee nie?? Fikir-fikirkanlah ❤️.
Tiqah dah kongsi serba sedikit tentang kebaikan produk Shaklee. Korang cuma perlu tinggal menilai dan membuat pilihan yang tepat sahaja. Sekiranya, berminat untuk mencuba atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk Shaklee, anda boleh terus WhatsApp atau Call Tiqah, ok??
Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih, semua.
Ikhlas Dari,
Your Trusted Distributor
Nur Atiqah Ahmad Fisal
ID No: 1357327
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleePenang
#ShakleeBayanLepas
#ShakleeKedah
Comments
Post a Comment