Antara Keperluan Wanita Mengandung

Assalamualaikum dan Salam Hujung Minggu buat semua❤️

Semoga sihat-sihat semuanya ya. Aamiin Aamiin

Korang atau kenalan korang sedang mengandung sekarang?? Entry kali ini sangat sesuai untuk korang yang sedang berbadan dua. Tiqah nak share dengan korang ANTARA KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG yang boleh menjadi panduan buat korang untuk menghadapi fasa berbadan dua yang menjadi idaman semua wanita di luar sana. Mestilah seronok kan nak dapat ahli baru dalam keluarga korang nanti. 

Namun, dalam keseronokan menanti kehadiran cahaya mata yang diharapkan, terdapat pelbagai cabaran dan rintangan semasa fasa berbadan dua atau mengandung ini. 

Ibu hamil memerlukan susu untuk tambah sumber kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan dan janin di dalam kandungan 

Cabaran Semasa Mengandung


1. Alahan yang teruk

Setiap wanita mengandung / hamil pasti akan mengalami alahan tertentu semasa mereka mengandung. Namun, terdapat perbezaan peringkat alahan tersebut. Ada sesetengah mengalami alahan biasa-biasa sahaja seperti mual sekiranya tersalah makan apa-apa atau ada alahan bau masakan tertentu. Yang paling teruk, ada sesetengah wanita hamil akan mengalami fasa alahan ini sehingga waktu bersalin tiba.


2. Sangkut GDM / Kencing Manis Semasa Mengandung

Bakal ibu yang ada GDM semasa mengandung ini perlu melahirkan anak mereka seawal 37 minggu mengikut tahap kesihatan masing-masing. Hal ini kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan membesar melebihi had berat dari yang sepatutnya yang boleh mengakibat kesusahan untuk bersalin secara normal.


3. Hemoglobin (Hb) rendah

Hb rendah memerlukan wanita mengandung perlu melakukan check up 2 minggu sekali. Ia adalah untuk memantau tahap kesihatan bakal ibu pada tahap yang baik. Wanita hamil perlu mempunyai hb pada julat normal 10.5 g/dl (gram per desiliter) untuk memastikan keadaan si ibu dan anak di dalam kandungan dalam keadaan sihat.

Sekiranya, darah si ibu mempunyai julat hb pada kadar bawah dari yang sepatutnya, ia akan memberi kesan kepada kesihatan si ibu seperti:

🥴Berasa letih
🥴Pening
😌Kulit dan bibir menjadi pucat
😔Mengalami sesak nafas walaupun sedang berehat
🥺Peningkatan kadar degupan jantung
😪Tangan dan kaki selalu sejuk
😐Kuku rapuh dan mudah patah


4. Kaki kerap kejang

Bakal ibu akan kerap mengalami kekejangan kaki ketika tidur malam. Kejang kaki adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu yang sedang hamil dan ia berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Masalah ini berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot membuatkan otot anda menjadi kejang. Hal ini menyebabkan tidur mereka terganggu ketika di malam hari.

Oleh itu, wanita mengandung perlulah mengambil beberapa langkah dalam mengatasi / mengurangi permasalahan ketika hamil ini. Berikut merupakan ANTARA KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG yang boleh bakal-bakal ibu amalkan semasa mengandung.


Antara Keperluan Wanita Mengandung

1. Rehat dan Tidur Yang Cukup

Ibu hamil perlu cukup tidur untuk memastikan kesihatan si ibu dan janin di dalam kandungan adalah baik. Ibu hamil perlu rehat yang cukup untuk melalui kehidupan seharian seperti biasa. Apabila ibu cukup rehat dan dapat tidur yang nyenyak (deep sleep), perkembangan janin juga akan menjadi lebih baik iaitu membentuk organ dengan normal dan sempurna. Tidur yang cukup juga mempengaruhi proses persalinan secara normal dan dapat memperkecilkan kemungkinan kelahiran pramatang.


2. Amalkan Pemakanan dan Diet Yang Sihat 

Ibu hamil perlu makan dan minum air secukupnya bagi membolehkan janin di dalam rahim mereka membesar dengan sihat, mendapat nutrisi yang cukup untuk tumbesar janin. Air yang cukup penting untuk memastikan si ibu tidak terkena penyakit kencing kotor semasa tempoh kehamilan. 


3. Cukupkan Protein Harian

Pastikan anda mengambil protein yang cukup untuk memperolehi tenaga yang cukup dan kuat dalam menjalani kehidupan harian. Ibu hamil memerlukan protein yang lebih banyak berbanding wanita lain iaitu sebanyak 70-100gm sehari untuk membantu perkembangan organ badan bayi di dalam janin.


4. Mengambil Vitamin Yang Diperlukan

Ibu hamil perlu mengambil vitamin tertentu seperti asid folic, kalsium dan omega 3.

Asid folik

Asid folik sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu mengelak kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD)2. 

Kalsium

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun). 

Omega-3 

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan


5. Ilmu Penyusuan

Perlukah ibu bersedia untuk menyusukan bayi seawal bayi dalam kandungan? Ya, perlu.

Tetapi, apakah persediaan yang boleh dilakukan sebelum kelahiran bayi?


Persediaan Penyusuan untuk Wanita Mengandung 


Berikut merupakan persediaan penyusuan untuk wanita mengandung berdasarkan pembacaan dari laman web cozylady


Dapatkan Ilmu Asas Penyusuan 

Pertama, ibu perlu Dapatkan Ilmu Asas Penyusuan melalui bacaan di internet dan group support di Facebook.


Cari Hospital Rakan Bayi

Kedua, Cari Hospital Rakan Bayi. Ibu yang menyusukan akan lebih mudah meneruskan penyusuan sekiranya mendapat sokongan dan bantuan orang terdekat.

Orang terdekat yang pertama ialah suami. Oleh itu, dapatkan penglibatan semasa proses mendapatkan ilmu asas penyusuan.

Selepas bersalin, komuniti pertama yang akan berada bersama ibu ialah komuniti di wad bersalin.

Oleh itu, sangat penting untuk komuniti ini menyokong penyusuan susu ibu dan membantu ibu untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahiran.

Ini yang kita panggil sebagai Hospital Rakan Bayi.


Tahu Teknik Perahan Tangan (Marmet) 

Ketiga, Tahu Teknik Perahan Tangan (Marmet). 

Kolostrum – susu yang keluar pada beberapa hari pertama selepas kelahiran bayi


Kolostrum yang keluar beberapa hari awal kelahiran adalah susu yang bersifat pekat dan likat seperti gam.

Ianya dapat dikeluarkan secara berkesan melalui sedutan mulut bayi yang mempunyai lekapan yang betul.

Cara kedua terbaik untuk mengeluarkan kolostrum adalah dengan menggunakan teknik perahan tangan, atau marmet.

Penggunaan pam susu pada awal kelahiran bayi tidak dapat mengeluarkan kolostrum ini dengan berkesan.

Berbeza dengan penggunaan teknik perahan tangan (marmet), jari-jemari kita menekan saluran susu untuk mengeluarkan susu daripada payudara. Oleh itu, tekanan ini membantu susu untuk keluar dengan lebih baik.

Tetapi kenapa ibu mengandung perlu tahu tentang teknik perahan tangan?

Banyak kemungkinan yang akan berlaku selepas kelahiran bayi.

Sebagai contoh, ibu perlu memerah susu jika bayi terpaksa diletakkan dalam inkubator. Pada waktu ini, pengetahuan tentang teknik marmet amat membantu.

Oleh itu, tidak rugi sekiranya ibu mengandung mengetahui lebih awal tentang teknik perahan tangan (marmet). Hal ini demikian kerana, ibu akan lebih tenang dan dapat terus membekalkan bayi susu ibu jika keadaan memerlukan.

Akhir kata

Anda sudah tahu berkenaan cabaran ketika mengandung dan keperluan wanita mengandung ketika sedang hamil. Jadi, marilah lakukan beberapa persediaan dalam menghadapi fasa yang bermakna ini. Tiqah harap sikit sebanyak dapat membantu korang dalam menghadapi segala kemungkinan ketika hamil. Tiqah doakan korang sentiasa dipermudahkan segala urusan semasa mengandung dan semasa serta selepas bersalin nanti. Aamiin.

Jemput baca juga : Keperluan Wanita Mengandung

Sekian, terima kasih.


Salam Sayang Dari,

Your Trusted Distributor
Nur Atiqah Ahmad Fisal 

ID No: 1357327

#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023
#ShakleePenang
#ShakleeBayanLepas
#ShakleeKedah




Comments