"Semua orang inginkan kesihatan yang baik seperti remaja awal dulu tapi malangnya semakin meningkat umur, badan semakin cepat penat"
Lebih-lebih lagi wanita yang sudah melahirkan anak, badan mereka pasti terasa lesu, sendi sering rasa sakit dan lebih teruk, otot kerap kejang. Sendi sakit, betis kerap kejang sangat la azab kesakitan bagi yang mengalaminya. Tiqah salah seorang yang mengalami masalah nie, tambah-tambah setelah melahirkan anak yang kedua ini.
Persoalannya adakah pengambilan suplemen merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kesihatan wanita yang semakin merundum?
Untuk pengetahuan, suplemen / vitamin tambahan merupakan pengambilan ubatan sampingan untuk membantu badan anda menjadi lebih bertenaga.
Ini kerana setiap biji / kapsul suplemen mengandungi nutrien yang penting untuk kesihatan. Antaranya omega 3, magnesium, kalsium dan banyak lagi.
Jom kita saksikan kebaikan setiap satunya;
Omega 3 - Penting untuk sel dan hormon dalam tubuh badan wanita sekaligus mampu mengurangkan risiko terkena arthritis, diabetes serta penyakit jantung dan otak.
Magnesium - Bantu keseimbangan hormon seperti estrogen, progesteron dan tiroid. Malah bagus untuk mengurangkan atau mengelakkan tekanan.
Kalsium - Sudah tentu bagus dan penting untuk tulang dan wanita yang sudah lanjut usia amat perlukan vitamin ini bagi mengurangkan risiko masalah tulang seperti osteoporosis.
Vitamin C - Penting untuk sistem imun, penghasilan kolagen, penyembuhan luka, penyerapan zat besi, dan juga bagus untuk peningkatan hormon yang penting untuk wanita.
Ha, sekarang anda dapat lihat kan betapa pentingnya VITAMIN UNTUK WANITA ini?? Tapi-tapi Tiqah tak cakap yang anda cuma perlu mengambil vitamin-vitamin ini sahaja. Pemakanan dan diet harian jugak penting untuk memastikan tubuh badan anda cukup nutrisi harian yang diperlukan. Selain itu, jumlah pengambilan air juga perlu cukup untuk memastikan tubuh badan anda kekal hidrasi.
Dekat sini Tiqah nak cadangkan 4 VITAMIN UNTUK WANITA yang boleh anda ambil mengikut keperluan diri masing-masing iaitu Vitalize, GLA Complex, Omega Guard dan OsteNutrix. Jom baca lebih lanjut πππ
VITAMIN UNTUK WANITA
1. Vitalize
Vitalize Shaklee ini merupakan multivitamin shaklee yang paling tertua sekali sejak tahun 1915 ia diperkenalkan. Tahun ini sudah menjangkau usianya yang ke 108 tahun. Vitalize ini mengandungi 28 vitamin dan mineral di dalam 1 tablet. Jadi, Tiqah sarankan korang untuk mengambil multivitamin ini untuk cukupkan nutrisi harian anda. Berikut merupakan manfaat Vitalize Shaklee untuk makluman anda:
Manfaat Vitalize Shaklee
Berikut merupakan inovasi multivitamin shaklee yang sekarang ini sudah dikenalkan sebagai VITA -LIZE.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai multivitamin shaklee ini, jemput baca entry saya yang lepas di link iniπ
Multivitamin Shaklee
2. GLA Complex
GLA Complex lebih pada untuk membetulkan balik hormon dalam badan. Jika period tak menentu atau hormon tak stabil boleh amik GLA ni. Ia sesuai buat wanita yang merancang untuk hamil dan boleh diamalkan awal sejak dari lepas berkahwin. Pengalaman Tiqah sendiri, sebelum ini mengalami period tidak teratur. Setelah mencuba sebotol GLA Complex, alhamdulillah period Tiqah kembali normal dan teratur. Untuk makluman, GLA ini juga membantu dalam mengurangkan masalah senggugut (period pain) yang teruk. Berikut merupakan keistimewan dan manfaat GLA Complex Shaklee:
Keistimewaan GLA Shaklee
Manfaat GLA Shaklee
GLA untuk Setiap Wanita
3. Omega Guard
Ramai tak sedar bahawa Omega 3 yang dikenali sebagai minyak ikan ini mampu untuk mengurangkan senggugut ketika haid di mana ia boleh mengimbangkan semula kadar asid lemak yang tidak seimbang bagi mengurangkan sakit PMS. Omega 3 sebenarnya mampu untuk mengimbangi kadar hormon wanita dan meningkatkan pengaliran darah ke uterus.
Di sini Tiqah kongsikan dengan korang
KEBAIKAN OMEGA 3 yang diambil dari hasil pembacaan melalui artikel
Sirap Limau yang mungkin ramai yang tidak tahu:
KEBAIKAN OMEGA 3
1. Mencantikkan kulit, rambut dan kuku
Kandungan EPA yang ada dalam kapsul Omega 3 dapat mencantikkan kulit, rambut serta kuku anda. Cuba amalkan selama beberapa bulan dan anda akan melihat perbezaan sebelum dan selepas.
2. Menyihatkan jantung, kurangkan serangan jantung
Mungkin sudah diketahui ramai, Omega 3 atau fish oil sangat bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung serta mengurangkan serangan jantung dalam kalangan wanita. Hal ini kerana, wanita berpotensi tinggi untuk kerap mendapat serangan jantung selepas menopause.
3. Mencegah kanser payudara
Inilah yang paling digeruni oleh kaum wanita iaitu menjadi mangsa kanser payudara. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid lemak fish oil ini dengan kadar yang tinggi boleh mengurangkan 50% risiko mendapat serangan kanser payudara. Hal ini kerana kandungan DHA dalam Omega 3 berfungsi sebagai anti-radang semula jadi bagi melawan kanser.
4. Mengurangkan senggugut ketika haid
Ramai tak sedar bahawa Omega 3 fish oil ini mampu untuk mengurangkan senggugut ketika haid. Ia boleh mengimbangkan semula kadar asid lemak yang tidak seimbang bagi mengurangkan sakit PMS.
5. Meningkatkan tahap kesuburan
Omega 3 sebenarnya mampu untuk mengimbangi kadar hormon wanita dan meningkatkan pengaliran darah ke uterus. Buat anda yang ingin hamil, lebih tinggi kandungan fish oil yang diambil, lebih tinggi peluang untuk anda mempunyai zuriat!
6. Perkembangan otak bayi dalam kandungan
Pengambilan Omega 3 ketika hamil sangat disarankan bagi meningkatkan tahap perkembangan otak bayi dalam kandungan. DHA dapat membantu perkembangan otak yang sempurna, mencergaskan otak serta kesihatan mata dan motor.
7. Mencegah pre-eclampsia
Adalah sangat bahaya untuk ibu hamil mempunyai tekanan darah yang tinggi atau dipanggil pre-eclampsia. Jadi, pengambilan Omega 3 dapat membantu mengimbangi tekanan darah si ibu dan juga kesihatan bayi dalam kandungan.
8. Mengurangkan simptom dan masalah menopause
Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak mengalami sebarang masalah ketika menopause dan ada juga yang mengalaminya seperti sakit melampau. Jadi, pengambilan Omega 3 dapat bantu menstabilkan hormon dan mengurangkan simptom perubahan mood yang mendadak.
9. Mengurangkan kemurungan selepas bersalin, dalam pantang
Berpantang selepas bersalin merupakan proses yang penting untuk dijaga oleh ibu. Ada yang mengalami kemurungan dan ada juga yang mengalami keletihan melampau selepas bersalin. Jadi, ambil Omega 3 untuk melancarkan aliran darah dan kurangkan stres.
Dah tahu kebaikan Omega 3?? Jadi, Tiqah nak sarankan untuk anda ambil Omega Guard Shaklee yang dihasilkan secara semula jadi dari ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 1080mg Omega-3 (540mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
Gambar di atas menunjukkan 6 sebab kenapa korang kena pilih Minyak Ikan dari Shaklee. Jadi, pilihlah Omega Guard Shaklee sebagai sumber Minyak Ikan terbaik anda!
4. Oste-Nutrix
Oste-Nutrix sangat penting untuk kesihatan tulang, membantu tidur lebih lena, badan lebih cergas serta tak sakit badan. Dalam Oste-Nutrix ini terdapat nutrient penting untuk tulang seperti kalsium, magnesium, vitamin D, mangan, zink, boron dan kuprum yang mempunyai fungsi seperti berikut:
INFO KESIHATAN TULANG:
TULANG YANG KUAT UNTUK TUBUH YANG KUAT. BINA DAN PASTIKAN TULANG ANDA KUAT DENGAN NUTRIEN PEMBINA-TULANG UNTUK MEMASTIKAN IA KEKAL SIHAT SEPANJANG MASA.
Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda memastikan ia kekal kuat dan sihat. Apabila umur anda meningkat, kerapuhan tulang lebih banyak berlaku berbanding tulang yang dibina. Hakikat inilah menjadikannya penting untuk anda membekalkan tulang anda dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti.
Oste-Nutrix mempunyai 3 Jenis Kalsium yang komprehensif iaitu:
i. Kalsium Karbonat
ii. Kalsium Sitrat
iii. Kalsium Sitrat Malat
Kandungan nutrient yang terdapat di dalam 1 kaplet Oste-Nutrix
Saranan pengambilan adalah 3 KAPLET sekali sehari selepas makan
Keistimewaan Oste-Nutrix Shaklee
Secara kesimpulannya, pengambilan VITAMIN UNTUK WANITA sangatlah penting seawal 20-an untuk kesihatan tubuh badan yang berpanjangan. Tambahan pula, bermacam tugasan harian yang perlu dilakukan oleh seorang wanita sama ada sebagai seorang pekerja, suri rumah mahupun ibu-ibu buat anak-anak mereka. Sangat berat tanggungjawab bagi seorang yang bergelar wanita.
Jadi, Tiqah nak sarankan dekat korang ambillah suplemen / vitamin tambahan untuk cukupkan nutrient harian anda.
Sekiranya, berminat untuk mengetahui mengenai Vitamin dan produk Shaklee yang lain, bolehlah anda terus WhatsApp Tiqah pada link ini Vitamin Shaklee .
Sekian, terima kasih.
Your Trusted Distributor,
Nur Atiqah Ahmad Fisal
ID No: 1357327
#NextLevelBlogging
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleePenang
#ShakleeBayanLepas
#ShakleeKedah
Comments
Post a Comment