Penghasilan Shaklee Vivix membawa kepada kejayaan revolusi dari Shaklee. Ia merupakan minuman botani yang lazat dan Shaklee sentiasa mendahului masa, berinovasi melalui sains dan menggunakan alam semulajadi dengan penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita selama lebih 100 tahun. Inovasi berterusannya telah membawa kepada Vivix, satu kejayaan revolusi dalam kesihatan.
Selain buah anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol, yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas. Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini.
Kandungan polifenol di dalam Vivix merupakan hadiah alam buat kita kerana ia merupakan bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya. Ia juga memberi warna yang terang dan pelbagai kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.
Terdapat 4 ramuan yang terkandung di dalam Vivix:
1) Anggur Muscadine
Buah Yang Luar Biasa dengan Antioksidan Luar Biasa. Ia tumbuh dalam cuaca "ekstrim" jadi tidak hairanlah bahawa Anggur Muscadine digelar sebagai "Anggur Muscadine yang Berkuasa". Ia bersaiz besar, kulit dan bijinya lebih tebal dan ia mempunyai kromosom tambahan berbanding anggur biasa dari kedai runcit di tempat anda. Semua sifat unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai ciri antioksidan yang amat banyak (6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru!) serta jumlah asid elagik yang paling tinggi, sejenis polifenol. Polifenol ini merangsang jalur selular, yang terlibat dalam pertahanan antioksidan, panjang umur dan kelangsungan hidup, serta penghasilan tenaga.
- Mengandungi sumber polifenol utama yang dipanggil resveratol
- Tinggi antioksidan yang membantu:
- Menggalakkan kadar keradangan yang sihat.
- Membaiki peredaran darah.
- Menghalang pengumpulan platelet darah.
- Menggalakkan penglihatan yang sihat.
- Meningkatkan keanjalan saluran darah.
- Mengurangkan keradangan
- Mengandungi polifenol aktif seperti antosianin yang mengandungi ciri anti-bakteria dan anti-virus.
- Meningkatkan perlindungan imun.
- Menggalakkan perkembangan sel normal dan sihat.
- Bersifat semulajadi kerana tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet.
- Proses pengekstrakannya yang telah dipatenkan membantu mengekalkan bioaktif polifenol.
- Dicipta daripada penyelidikan klinikal yang berjaya termasuk Kajian Landmark, salah satu kajian klinikal terbesar tentang kesan jangka panjang pengambilan suplemen dan Kajian Telomere.
- Ia juga diuji lebih daripada 16,000 kali untuk keselamatan dan kualiti semasa dicipta.
- Ia merupakan minuman botani yang lazat.
- Disahkan halal oleh Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM.
Comments
Post a Comment