Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menulis itinerary berkaitan feedback & review blog mega shaklee 1.0 walaupun dalam keadaan sarat mengandung (due 13.03.2023) yang mana sedang menunggu seorang ahli baru dalam keluarga kecil saya dan suami.
Saya seronok membaca feedback semua peserta blogmegashaklee 1.0 walaupun saya tidak berkesempatan untuk join untuk sesi pertama. Antaranya rata2 memberi feedback positif berkenaan projek berkenaan.
Antaranya, dapat belajar benda yang baru dari projek iaitu ilmu dari master2 shaklee yang dah lama berkecimpung dalam bidang blogger dan bisnes shaklee secara tidak langsung. Saya memang dah lama menunggu peluang nie. Sebelum nie, ada mengikuti kelas2 blogger yang lain tapi tidak berkesempatan untuk commit dengan sebaiknya. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menyertai projek ini pada kali nie di bawah bimbingan Master Norita dan Master Salwa.
Selain itu, saya jugak mendapat makluman bahawa medium blogger ini sangatla bagus kerana medium nie kita dapat share maklumat lengkap berkaitan kehidupan mahupun details produk dengan sebaiknya. Medium ini amatlah bagus kerana zaman sekarang majoriti suka meng "Google" bagi mendapatkan sesuatu maklumat yang lengkap dan padat. Dari situ, individu tersebut dapat memastikan sesuatu maklumat itu betul ataupun tidak. Pendek kata, semuanya hanya di HUJUNG JARI. TEKAN2 SAHAJA semua maklumat ada.
Tambahan lagi, projek berkenaan jugak dapat merapatkan ukhuwah antara ahli2 shaklee tanpa mengira pangkat (rank) dalam kalangan ahli shaklee. Dalam Islam jugak menggalakan kita bekerjasama dan berkongsi ilmu antara satu sama lain tanpa mengira kaum mahupun pangkat.
Reward dan hadiah yang best jugak merupakan salah satu yang dinantikan oleh para peserta blogmegashaklee. Hadiah2 ditaja sendiri oleh Master Norita Idris sendiri. Alhamdulillah, moga bertambah rezeki master lepas nie. Aamiin
Namun,hadiah tu hanya penggalak bagi semua peserta blogmegashaklee untuk lebih bersemangat lagi. Rezeki dapat ke tak dapat, atau nak hadiah lain dapat yang lain itu terpulang pada rezeki masing2.
Kenapa nak join #blogmegashaklee 2.0
Antaranya adalah disebabkan faktor2 yang telah disebut di atas. Selain itu, bagi saya ini merupakan titik permulaan bagi saya untuk mengembangkan ilmu berkaitan blog dan berkongsi segala kebaikan produk shaklee mahupun kebaikan produk lain (planning akan datang) kepada semua pembaca dan bakal pengguna shaklee.
Dalam shaklee kami dititikberatkan berkongsi testimoni diri sendiri bagi menyakinkan pengguna lain untuk menggunakan/mencuba sesuatu produk (vitamin yang sesuai) bagi masalah kesihatan diri masing2. Macam saya sendiri dulu, saya hendak ikhtiar untuk banyakkan susu badan bagi anak sulung saya. Saya membuat carian di google dan media sosial facebook berkenaan produk yang boleh memperbanyakkan susu badan.
Pada masa itu, saya ada terperasan kawan di Facebook iaitu Latifah Khairunnisa yang merupakan upline saya sekarang nie yang berkongsi kebaikan produk shaklee. Jadi, saya terus mesej dia melalui Facebook dan bertanyakan berkaitan vitamin yang boleh banyakkan susu badan. Produk tersebut adalah ESP dan jugak Alfalfa. Alhamdulillah, dua supplement nie membantu saya menyusukan anak sehingga 9 bulan penuh. Anak saya jadi cepat kenyang disebabkan susu badan saya yang pekat disebabkan pengambilan minuman protein ESP dan vitamin Alfalfa ini.
Selain itu, sebagai seorang ibu yang bakal mempunyai ahli keluarga yang baru, sudah semestinya sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu, suri rumah dan jugak seorang pekerja di sebuah syarikat pembinaan. Maka, bagi saya medium blogger ini merupakan medium yang terbaik dari dulu, sekarang dan masa akan datang. Sangat mudah untuk berkongsi pada masa2 yang sesuai. Tak perlu berkejaran POSTING di media sosial secara khususnya.
Saya sangat berharap dapat membuat yang terbaik untuk projek #blogmegashaklee 2.0 ini bagi mengembangkan bisnes shaklee saya ini di mata semua bakal pengguna mahupun pengguna sedia ada. Terima kasih kepada Master Norita Idris dan Master Salwa kerana memberi peluang kepada saya dan semua peserta lain menyertai projek kali ini.
Your Business Partner
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment