Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee


RAMADHAN TIBA, RAMADHAN TIBA AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Sama-sama kita Berpuasa secara Sihat Bersama Shaklee!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini (10/03/2023), lebih kurang 13 hari lagi nak menyambut Ramadhan 1444H. Anda sudah bersedia untuk sambut Ramadhan kali ini??

Buat pertama kalinya, Insya-Allah Ramadhan kali ini Tiqah masih dalam pantang. Sekarang tengah menunggu keluarnya seorang lagi hamba Allah, anugerah terindah untuk tahun ini. Hari nie dah masuk 39 minggu 4 hari, baby masih seronok duduk dalam perut mama😇. Moga semuanya selamat hendaknya. Aamiin2. Mohon doa semua ya🙏🙏🙏.

Gambar semasa pregnant menjelang 8 bulan🙈

Pada entry kali ini, Tiqah ingin berkongsi pengalaman berpuasa bersama Set Puasa Shaklee yang sangat sesuai bagi ibu2 mengandung dan ibu2 yang menyusu. Berikut merupakan Set Puasa Shaklee a.k.a Set Menyusu Shaklee yang sangat membantu ibu menyusu:

Set Menyusu Basic Shaklee

Tiqah mula berpuasa dengan Set Puasa Shaklee pada tahun 2020. Pada masa itu, Tiqah sedang menyusukan anak sulung, Nur Qaireen Ayesha. Alhamdulillah, diizinkan berpuasa penuh walaupun menyusu anak secara penuh. Masa itu anak sulung baru sahaja genap 6 bulan lebih dan masih menyusu.

Screenshot posting dari Facebook semasa mula2 cuba Set Menyusu Shaklee

Susu yang diperah selepas minum ESP, menjadi lebih pekat😋

Anak sulung semasa umur 5 bulan

Semasa sahur Tiqah akan makan nasi bersama susu ESP campur dengan Susu kotak full cream jika ada di rumah atau kadang2 malam2 sebelum tidur, Tiqah akan rendam 3 biji kurma untuk dicampurkan dengan ESP pada masa sahur keesokannya. Sedap sangat, mànis berlemak gitu. Susu ESP ini boleh dicampurkan dengan buah2 kesukaan anda. Tapi bagi Tiqah sedap sangat bila blend ESP bersama 3 biji kurma. Lagi2 kurma kan bagus untuk tambah tenaga. Berikut antara resipi ESP yang boleh korang cuba:




Memang power puasa kalau ada ESP. Tak lama lagi ramadhan, ramai sedang bertungkus lumus langsaikan hutang puasa tahun lepas. Fuhhhh ibu hamil, ibu menyusu pasti struggle kan. Nak puasa. Boleh cuba Set Puasa Shaklee Basic.

Ramai ambik susu Esp nie waktu sahur, memang puasa rasa lebih bertenaga, ibu hamil tak lah lembik sangat, ibu menyusu tak lah ketar ketar tangan tu. Susu ESP nie kaya protein, dia bantu bagi kenyang lama. Kekal bertenaga INSYA-ALLAH. 

Antara Manfaat ESP

ESP legakan kembung perut, bantu buang angin, legakan pedih perut dan ulu hati. Sesuai sangat untuk gastrik Dan Gerd. Selamat ganti puasa dan selamat berpuasa pada Ramadhan akan datang nie kawan-kawan dengan Set Puasa Shaklee 💝

Andai kata terbangun lewat semasa sahur, Tiqah akan wajibkan diri bancuh ESP bersama air kosong biasa dan shake menggunakan shaker untuk sebatikan serbuk ESP tu. Mudah sangat penyediaan ESP. Alhamdulillah syukur sangat dipertemukan dengan ESP nie. Set Puasa Shaklee is the best choice ever.

Selain itu, Tiqah jugak mengambil Alfalfa semasa berbuka untuk tambahkan penghasilan susu badan. Alhamdulillah, sikit sebanyak membantu dalam penghasilan susu yang cukup. Alfalfa mengandungi phytoestrogen atau estrogen tumbuhan yang mampu meningkatkan tisu di bahagian payudara dan bekalan susu si ibu. Pendek cerita, Alfalfa sebagai penggalak susu ibu yang terbaik.

Pengambilan ESP sebelum proses mengepam susu sangatlah membantu di mana susu yang dipam/diperah akan menjadi lebih pekat dan lemak berbanding semasa tanpa pengambilan ESP. Nampak sangat perbezaan semasa menyusu anak ketika pengambilan ESP dengan semasa tak minum ESP. Anak Tiqah akan rasa kenyang lebih lama disebabkan kepekatan penghasilan susu tersebut. Anak pon tak muda merenggek bila menyusu. Kadang-kadang tu, lama la dia dok mengempen selepas mama dia minum ESP. Sedap sangat kut😆

Walaupun anak mengempeng lama, Tiqah masih kuat berpuasa sehingga waktu berbuka. Badan tak menggeletar dan perut pon tak rasa lapar walaupun dah lewat petang. Best sangat dapat menunaikan ibadah puasa walaupun menyusukan anak. Alhamdulillah, Tiada masalah gastrik sepanjang berpuasa.

Semasa mengandung kali ini, Tiqah juga berpuasa (ganti Puasa) bersama ESP. Alhamdulillah, walaupun tengah sarat mengandung (di penghujung kelahiran), Tiqah masih mampu menggantikan puasa dengan sebaiknya. Setiap kali bersahur, Tiqah akan minum ESP selepas bersahur. Sehari sekali sahaja Tiqah ambil.

Semasa berbuka, Tiqah akan mengambil Performance Drink Oren untuk kekal hidrat iaitu untuk cukupkan air dalam badan. Seperti semua sedia maklum, seharian berpuasa boleh menyebabkan badan kita kekurangan air dan menyebabkan tekak kita menjadi haus. Jadi, Tiqah akan bancuh performance drink nie semasa berbuka.

Oleh yang demikian, pada entry kali ini Tiqah ingin mengajak semua ibu2 menyusu dan  ibu2 yang tengah mengandung untuk tambahkan nutrisi dan cukupkan sumber protein harian untuk penghasilan susu badan yang mencukupi dan bekalan tenaga yang hebat sehingga waktu berbuka nanti.

Pada bulan ini, shaklee memperkenalkan Set Puasa Shaklee 1-2-3 dengan harga yang lebih jimat dan terbaik untuk dicuba. Berikut merupakan Set Puasa Shaklee bagi Ramadhan kali ini💕




Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Boleh tengok jugak perkongsian daripada sahabat Tiqah berpuasa dengan Set Puasa Shaklee Set Puasa Shaklee1

Terima kasih

Your Business Partner,

#BlogMegaShaklee 
#ShakleeThrive2023 
#ShakleeTriumph2023

Comments