9 Sebab Kenapa Community Shaklee Best

 9 Sebab Kenapa Community Shaklee Best

1. TAK PERLU SIMPAN STOK

Semua barangan Shaklee dari Penjagaan Kesihatan diri mahupun Barangan Pembersihan Rumah, Pengedar Sah Shaklee (SID) tidak perlu menyimpan STOK untuk jualan kepada bakal pelanggan. Apabila ada pelanggan yang hendak mendapatkan stok barangan, Pengedar Sah Shaklee hanya perlu login di laman web rasmi shaklee iaitu di https://www.shaklee.com.my/ dan membuat pesanan terus mengikut permintaan pelanggan. MUDAH, CEPAT & FLEKSIBEL.


2. TAK PERLU PERGI POSTAGE

OK,  bila SID sudah membuat order pada laman rasmi (website) shaklee, semestinya barang tersebut memerlukan postage untuk barang sampai pada pelanggan sepatutnya. Tak perlu risau, apabila order sudah dibuat di website shaklee, pihak HQ akan membuat penghantaran/pengeposan bagi pihak SID untuk dihantar pada pelanggan berkenaan. Setelah order dan pembayaran dibuat, satu invoice/resit (bukti pembelian) akan dijana di sistem. Pengedar Shaklee berdaftar boleh memeriksa nombor order dan postage tracking number pada button "Order History". Kemudian, boleh memaklumkan maklumat tersebut pada pelanggan apabila tracking number sudah keluar di sistem website.


3. BONUS MASUK PADA SETIAP 14HB

Sepanjang menyertai Shaklee, bonus shaklee tidak pernah melewati 14hb bagi setiap bulan. Malah, jika 14hb pada bulan berkenaan jatuh pada hari minggu ataupun cuti kelepasan am, bonus tersebut akan diawali mengikut hari bekerja iaitu sebelum tibanya 14hb pada bulan berkenaan. Pendek kata, bonus shaklee tidak pernah lewat walaupun sekali.


4. BISNES PATUH SYARIAH

Bisnes Shaklee merupakan bisnes patuh syariah dimana ia memastikan kualiti produk adalah selamat dan mempunyai sijil halal bagi pengguna muslim. Jadi, seluruh pengguna muslim boleh menggunakan produk shaklee tanpa was2 dan ragu dari segi kualiti produk.

Sijil Halal Shaklee


5. BISNES TANPA MODAL

Shaklee merupakan bisnes yang tidak memerlukan modal di mana Pengedar Shaklee tak perlu mengeluarkan modal yang tinggi untuk menjadi Pengedar Yang Sah. Hanya perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM 35 Sahaja dan anda terus boleh berbisnes bersama Shaklee. 

Tak mau bayar yuran keahlian?? Boleh sahaja membuat belian produk promo pada bulan berkenaan dan anda boleh mendapat keahlian percuma seumur hidup. Anda hanya perlu membuat apa2 belian sahaja untuk renew keahlian anda setiap tahun. MUDAH & JIMAT, kan???


6.  SLIP  BONUS SETIAP BULAN 

Bisnes Shaklee merupakan "Long Term Bisnes". Setiap bulan, Pengedar Shaklee boleh mendapatkan slip bonus mereka seperti Slip Gaji anda bekerja di sebuah syarikat yang akan di-update setiap bulan dalam sistem website shaklee. Paling best, Pay Slip shaklee adalah SAH untuk membuat apa2 permohonan pinjaman  sama ada untuk perumahan mahupun kereta idaman.
Gambar Master Irine bersama kereta idamannya dengan menggunakan payslip shaklee❤ 

7. ADA BONUS UNTUK KERETA

Ingin memiliki kereta idaman tanpa perlu bersusah payah bayar bulan2??

Anda boleh memilikinya dengan mengumpul point UV anda pada setiap bulan untuk membuat diri anda layak menjadi seorang  "CAR BONUS ACHIEVER". Bonus kereta tersebut anda boleh guna untuk bayar bulanan kereta ataupun untuk perkara yang lain seperti membayar rumah ataupun mengumpulkannya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Semuanya terpulang di tangan anda😁.

Berikut merupakan carta point yang anda perlu capai bagi melayakkan diri anda menjadi pemegang "Car Bonus" dari Shaklee



8. UNTUNG RUNCIT TERUS MASUK AKAUN

Terdapat dua jenis harga jualan Shaklee iaitu Harga Untuk Ahli dan Harga Bukan Ahli (Harga Pasaran). Sekiranya, pelanggan tidak mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee, Pengedar Sah Shaklee perlu menjual atau meletakkan harga pada pelanggan berkenaan pada harga pasaran. Untung runcit boleh diperoleh melalui harga pasaran tersebut iaitu ; Untung Runcit = Harga Pasaran - Harga Ahli. Untung kan?


9. ADA GROUP SUPPORT

Shaklee sangat menitikberatkan nilai kerjasama di dalam kalangan ahli2nya. Terdapat banyak Group support seperti whatsapp group dan facebook yang melibatkan bisnes shaklee. Para ahli hanya perlu menggunakan group tersebut sebaiknya dengan mengaplikasikan ilmu dikongsikan di dalam group tersebut.

Selain itu, kelas2 perkongsian berkenaan produk shaklee dan teknik berbisnes jugak kerap diadakan bagi membantu ahli2 shaklee mengembangkan bisnes mereka ke arah lebih baik. Pendek kata anda tidak KESEORANGAN dalam bisnes shaklee nie👌

Terima kasih buat semua upline yang tak pernah jemu berkongsi ilmu😘

Berikut merupakan kelas2 yang diadakan oleh Master2 & upline Shaklee💪




Setakat itu sahaja perkongsian saya untuk itenary kali nie. Terima kasih sudi mengorbankan masa anda untuk membaca input posting saya kali ini.

Sekian, terima kasih.

Your Business Partner 





Comments